Monday, August 10, 2009


10hb. Ogos 2009 : Konvo Jafarsidik bin Muhammad, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar, di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Majlis berlangsung di antara jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Penganugerahan Ijazah disempurnakan oleh Tan Sri Dato Nayan bin Ariffin, Pro Canselor UPM.
YKSNS mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan memperolehi Sarjana tersebut dengan PNGK 3.798. Pencapaian ini bukan hanya setakat kejayaan peribadi tetapi juga kejayaan terlalu ramai pihak yang turut mempunyai perkaitan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Semoga menjadi contoh teladan kepada semua warga YKS dan ahli keluarga mereka.
Turut sama dalam majlis tersebut ialah Puan Ajurah binti Ishak, Puan Zarinah binti Abdul Kabor dan Hajah Norizan binti Haji Zakaria. Selain daripada itu, ibu dan ayahnya turut sama meraikan kejayaan Sdra Jafarsidik bin Muhammad.( Gambar-gambar lain dlm blog galeri ).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS