Program D'Ambang Ramadhan

Tuesday, August 11, 2009

Bahawa dengan ini diumumkan YKSNS akan menganjurkan Prgram D'Ambang Ramadhan pada 15hb. Ogos 2009 di antara Maghrib hingga Isyak bertempat Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Ceramah Khas D'Ambang Ramadhan akan disampaikan oleh Yg Bhg Ustaz Haji Norazamir bin Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan selepas waktu Maghrib.
Turut akan menyerikan lagi majlis ialah kunjungan YB Dato Haji Ismail bin Lajim, Ahli Dewan Undangan Senaling yang akan menyampaikan Ucapan dan menyempurnakan penyampaian Hadiah dan Sumbangan kepada Saudara Kita dan wargayks.
Semua pihak terutamanya Saudara kita dijemput hadir beramai-ramai untuk mengambil bahagian dalam program tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 06-4810092/0122. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS