Tuesday, October 27, 2009

Ingin berkhidmat sebagai sukarelawan ? Hubungi pejabat kami untuk mendapatkan Borang Keahlian sukarelawan. YKSNS memerlukan sukarelawan dalam pelbagai bidang. Sukarelawan boleh berkhidmat untuk membantu pengurusan asrama kasih sayang sama ada untuk membantu pengurusan menjalankan program-program pembangunan insan saudara kita ataupun mengajar komputer, mengajar mengaji, membimbing saudara baru menghafaz surah pendek, mengajar mengambil wuduk, menjadi keluarga angkat mereka. Pada waktu ini, kami juga mempunyai bayi, orang tua, kanak-kanak yang memerlukan perhatian. Mereka yang berminat boleh berbincang dengan pengurusan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam bidang yang diminati.

Lain-lain bidang ialah menjadi penggerak bersama-sama saudara baru untuk urusan menukar status agama dalam Kad Pengenalan, memberi sokongan moral dan perhatian kepada saudara baru yang berpotensi untuk keluar agama. Membantu pasangan-pasangan tertentu untuk mendaftarkan pernikahan. Menjaga aktiviti masjid, bersama-sama solat waktu, memberi tazkirah, meraikan Hari Lahir - jadikanlah diri ini masyarakat prihatin dan penyayang !


Kami amat berbesar hati andai kata ada pihak ingin menganjurkan program-program bersama-sama kami. Sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS