Mengucap Syahadah Untuk Kembali Kepada Islam

Sunday, October 25, 2009

1. Lafaz pengakuan syahadah seseorang itu untuk mengikrarkan dirinya kembali ke agama Islam setelah sekian lama tersasar merupakan detik waktu yang penting untuk memacu perubahan. Pengalaman itu mempunyai kesan mendalam yang sangat signifikan dalam hidup seseorang.

2. Perkara yang wajib hanyalah syahadah. Seseorang yang bersyahadah, dilafazkan oleh lidah, difahami oleh akal, dibenarkan oleh hati dan dipraktis secara nyata dengan dipersaksikan maka mulai saat itu orang telah telah kembali ke Agama Islam dan layak untuk dilayan dan wajib patuh kepada hukum hakam agama Islam.

3. Selain daripada syahadah, kita juga boleh menyarankan mandi wajib, mandi sunat taubat dan sunat taubat secara berpimpin, mengajarkannya lafaz istifar, memaklumkannya bahawa lafaz istifar adalah penyesalan bersungguh-sungguh di atas gaya hidup yang lalu, dipakaikan minyak wangi, diberi persalinan baru dan dijamu makanan ( manisan ). Sesudah itu, diperkenalkan kepada sahabat-sahabat Islam yang lain lalu mereka mengalu-alukan saudara baru ini dengan ucapan salam dan selamat berhijrah meninggalkan yang batil dan menuju yang hak ! Berteguh setia dengan mereka yang baru sahaja meninggalkan agama dan mungkin kehilangan keluarga bahawa kita adalah keluarga mereka.


3. Bezakan dengan Majlis Penyaksian Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah diperlakukan seperti di pejabat pos atau seperti membayar cukai. Bila datang, suruh isi borang, jalankan ikrar, suruh tukar nama, minta gambar dulu, minta fotostat ic dan balik! Mungkin tak jumpa lagi...


4. Cuba kita bentuk dua kumpulan sampel. Kumpulan pertama mereka yang diraikan seperti dalam perkara 2 dan satu lagi kumpulan seperti dalam perkara 3. Cuba kita lihat self estem mereka dan lain-lain lagi. Dari perspektif psikologi, akhlak dalam Islam mempunyai impak besar terhadap perubahan kendiri manusia kerana ia memenuhi fitrah roh dan hati manusia.


5. Saya bukan nak mengajar sape-sape. Mengadu mengenai sesuatu kesannya ialah orang akan beradu. Apabila disalahertikan maka tujuan asalnya untuk membentuk kesan kerja dakwah tidak tercapai. Mereka tidak berada dalam situasi diri saya. Mereka tidak pernah dicaci maki kerana bertukar agama. Mereka tidak pernah dianggap pembelot bangsa dan agama. Mereka tidak pernah disisihkan oleh masyarakat. Mereka duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa merasai apa yang saya rasa.


6. Memberi senyuman, mempersilakan duduk yang ditempat yang baik bukanlah suatu permintaan luar biasa. Bukanlah mengada-ngada, jual mahal dan sebagainya. Kalau ada orang datang duduk di depan rumah kita, adakah kita lalu di depannya tanpa bertanya apa-apa ? Pegi duduk di depan gereja kalau nak tau.


7. Baru ini ada orang Hindu berjumpa dengan saya memaklumkan bahawa kita sangat mudah mengIslamkan orang tetapi setakat itu sahaja. Lalu kita biarkan mereka begitu sahaja sehinggalah mereka meninggalkan dunia. Kemudian kita datang lagi untuk merampas jenazahnya.


8. Kalau ada orang tidak dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan lalu mereka menjadikan diri saya sebagai musuh - terpulanglah. Terima kasih di atas jasa baik orang-orang yang banyak membantu kita.


9. terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS