Program Realiti Sesi II

Monday, October 26, 2009

1. Bermula daripada 25hb. Okt hingga 25hb. Nov 2009, pelatih asrama YKS Tok Muar yang sudah berjumlah 29 orang termasuk 4 bayi akan menjalani Cabaran kedua Program Realiti Sesi II YKS. Mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan dibantu oleh seorang mentor diberikan tugasan khas. Ahli-ahli kumpulan dikehendaki dalam tempoh sebulan penuh merancang dan menjalankan suatu perniagaan kecil-kecilan dengan modal hanya RM200.00.

2. Ahli kumpulan telah mengundi untuk mendapatkan jenis perniagaan. Di antara jenis perniagaan tersebut ialah i) Jualan Berasaskan Nasi ii) Jualan Berasaskan Kuih iii) Jualan Berasaskan Buah-buahan. Setiap kumpulan perlu menubuhkan lembaga pengarah, melantik pengurus, pemasaran dan menyimpan kira-kira. Mereka juga dikehendaki membina blog masing-masing untuk melaporkan perkembangan dan pencapaian mereka.


3. Penilaian untuk menentukan kemenangan adalah berdasarkan kerja berpasukan, keuntungan perniagaan, penerapan akhlak perniagaan Islam, pembinaan blog dan pembentangan Laporan Bulanan Perniagaan ( Untung Rugi ). Pada masa yang sama mereka tidak boleh sama sekali meninggalkan solat, meninggalkan kelas pengajian yang telah ditetapkan mengikut jadual. Selain daripada kerja secara berkumpulan, individu juga akan dikehendaki menjalani ujian peribadi mengisi hafazan surah pendek, doa qunut, bacaan dalam solat, praktikal wuduk dan lain-lain.

4. Selain pengadil utama, ahli-ahli kumpulan lain adalah bertindak sebagai pelapor dalam sesi muhasabah yang akan diadakan setiap minggu di kalangan peserta.

5. Kumpulan yang kalah akan dibubarkan menjadi hanya dua kumpulan sahaja memasuk pertandingan akhir. Cabaran akan meningkat !


Selamat Berjuang..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS