Wednesday, October 21, 2009

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg Bhg Dato Nadzim, Setiausaha Kerja PPIM dan ahli persatuannya yang telah membantu kami dalam menyelesaikan beberapa masalah akidah melibatkan saudara. Perkhidmatan mereka bukan sahaja memberi kesan secara fizikal tetapi juga secara psikologikal. Penglibatan serius dan bersepadu dengan kebolehan, kemahiran dan keberanian menampakkan hasil yang berbaloi.
Dengan izin Allah swt dan dengan jua bantuan aktivis PPIM, kita bukan sahaja dapat membawa pulang saudara baru yang hampir hanyut tetapi juga dapat berdakwah dengan seorang yang bukan Islam sehingga beliau mengucap kalimah syahadah dan menerima Islam.
Walaupun adakala suasana menjadi tegang disebabkan budaya kerja yang berbeza tetapi demi kerana perjuangan kita boleh mengetepikan perbezaan dan berkongsi dengan hasil positif terhadap agama Allah swt. Kalau ada pihak sudi menegur kesilapan dan kekurangan, kita harus berbangga dengan mengambil langkah pembetulan dengan membuat semakan terhadap diri kita dahulu. Tiada gunanya kita berusaha untuk menegakkan benang basah dengan berbalah dan bertengkar. Saya berterima kasih dengan teguran yang disampaikan oleh saudara saya dari PPIM dan insya ALlah kita akan berusaha memperbaiki diri kita.
Penglibatan PPIM banyak membantu. Semoga kita dapat bekerjasama dengan semua pihak yang berjuang demi kebaikan agama. Secara peribadi saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sdra Raja Amin dan sahabat-sahabatnya kerana sumbangan ikhlas mereka.
Masya Allah, mereka mempunyai kekuatan luar biasa.
Terima Kasih Allah kerana memperkenalkan mereka kepada kami.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS