2 Misi Ke Pusat Dakwah Islamiah

Wednesday, October 21, 2009

  1. Alhamdulillah, hari ini saya ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi dengan 2 misi, pertama untuk membuat pendaftaran saudara baru dan kedua ingin berkenalan dengan KPP Dakwah yang baru. Sebelum bertolak daripada Kuala Pilah, saya telah menghubungi pejabat beliau dan pegawai memaklumkan bahawa saya boleh berjumpa dengan KPP Dakwah jam 2.30 petang.
  2. Setibanya saya ke surau PDI untuk menunaikan Solat Zohor bersama-sama dengan saudara baru tersebut. Selesai solat, saya menunggu sehingga jam 2.00 petang. Jam 2.00 pm saya ke Pejabat PDI. Saya masuk ke dalam dan mendapati terdapat perubahan setting. Menggembirakan. Mungkin perubahan KPP Dakwah yang baru. Saya terus mengambil tempat kerana belum ada pegawai di kaunter pertanyaan.
  3. Selepas beberapa minit jam 2.00 pun tiada yang bertanya tujuan kehadiran kami sehingga kami terpaksa memanggil pegawai yang ada dan bertanya sekarang dah boleh berurusan kan ?
  4. Sukarelawan kami, Hajah Norizan memaklumkan bahawa kami ingin membuat pendaftaran saudara baru. Dia pun bawa borang untuk diisi. Saudara baru ini tidak berpelajaran. Pegawai itu suruh dia mengisi borang. Sambil melutut di meja sofa di ruang menunggu saudara baru ini pun mengisi borang.
  5. Ada beberapa orang pegawai di situ. Tiada keraian, tiada keceriaan, tiada kata-kata sapaan. Hambar dan cukup membimbangkan suasana PDI yang saya fikir kalau malaikat jadi KPP pun tak kan berubah ! Berubah setting buat apa, ubah lah sikap dan perangai !
  6. Saya tidak mengenali KPP baru lalu saya terus menunggu kerana waktu belum 2.30 pm seperti yang dijanjikan. Nampak seorang pegawai yang berlegar-legar di situ keluar meninggalkan pejabat ke arah kereta di luar pejabat. Saya dimaklumkan oleh Hajah Norizan bahawa yang keluar itulah KPP baru. KPP baru yang dari tadi sedang memerhatikan kami. Beliau pun tiada sebarang reaksi dan prihatin dengan apa yang berlaku. Tak mengapa lah dah nasib kami dilayan begitu.
  7. Ada lagi seorang pegawai yang mengenali kita. Begitu sibuk dia dan nampak begitu akrab ketika meminta kerjasama menyelesaikan masalah Sdri Nurul Hanifah. Beliau pun beraksi seperti tidak mengenali kita.
  8. tak kan berubah, takkan berubah...
  9. Menyedari KPP ingin meninggalkan pejabat, saya bergegas untuk berjumpa. Lalu dia mengatakan bahawa dia ada program dan tidak pernah berjanji untuk berjumpa dengan saya. Lalu siapakah gerangan manusia yang menetapkan temu janji tersebut. Malang nasib saya dipermainkan begitu.
  10. KPP menawarkan sebelah petang ataupun esok, nampaknya dia bersedia untuk berjumpa tapi suasana tidak mengizinkan. KPP menambah saya ingat muhammad adnan itu melayu, selalu dengan nama tapi tak kenal. Ustaz Adnan kan, saya kata bukan, saya bukan ustaz. Apa sebab dia berfikir begitu? tak tau lah...
  11. Lagi kelakar, pegawai yang membawa borang masuk Islam itu, tanya Hajah Norizan - seorang je kan yang nak masuk Islam hari ini. Nak tanyalah berapa kali kena masuk Islam.
  12. nampaknya kita kena pegi belajar dengan padri kristian la...
  13. dari yang lama sampai yang baru, saya rasa mungkin tiada rezeki untuk bekerjasama. Daripada menambahkan masalah ada cadangan supaya berhenti sahaja buat kerja ini.
  14. biarlah tuhan menentukannya.
  15. memang takde rezekilah untuk bekerjasama dengan PDI.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS