Pengumuman

Tuesday, November 17, 2009

ISLAMIC SPIRITUAL CAMP

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menganjurkan Islamic Spiritual Camp bermula 21hb dan 22hb Nov 2009 bertempat Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seramai 40 pelajar daripada sekolah berdekatan terdiri daripada pelajar yang menunggu keputusan PMR dan Tingkatan 4 bakal mengambil bahagian dalam program berkaitan.

Program ini akan diadakan secara bersiri dan ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka bolehlah menghubungi YKSNS 06 4810092 untuk keterangan lanjut.


PROGRAM KHIDMAT SUKARELA

Pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat untuk berkhidmat sebagai tenaga kerja sukarelawan dijemput untuk menyertai Skim Printis Sukarelawan. Program ini akan berlangsung selama 8 minggu. Mereka yang terpilih akan menjalani latihan kerja-kerja kebajikan dan pengurusan program bersama-sama YKSNS. Individu yang terpilih akan diberikan elaun perkhidmatan dalam tempoh mereka bertugas sebagai tenaga khidmat sukarela.

Sila emailkan maklumat peribadi dan no tel untuk dihubungi ke email: maayks@gmail.com.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS