31hb. Disember 2009
Thursday, December 31, 2009
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan mengadakan Program Bercukur, Bertahnik dan Memberi Nama pada anak-anak YKSNS pada hari ini, 31hb. Disember 2009 sebagai aktiviti penutup tirai tahun 2009. Mengikut maklumat terakhir, seramai 76 orang telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program tersebut di atas.
Majlis akan bermula dengan kehadiran tetamu dan jemputan di antara jam 6.30 petang hingga waktu Maghrib. Setelah selesai solat maghrib, majlis akan diserikan lagi dengan Selawat dan Marhaban oleh Imam II Masjid Jamek Yam Tuan Raden Tuan Haji Mustafa bin Mohammad.
Majlis akan diakhiri dengan jamuan makan malam dan persembahan multimedia.
0 comments:
Post a Comment