Pemegang Amanah Nurul Huda binti Muhamad Hanifa

Thursday, December 31, 2009

Bahawasanya dengan ini diisytiharkan Adik Nurul Huda binti Muhammad Hanifa adalah anak kepada Muhammad Hanifa bin Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah berikutan kemalangan. Memandangkan Adik Nurul Huda binti Muhammad Hanifa merupakan anak yang memeluk agama Islam bersama-sama ayah dan kini telah menjadi anak yatim maka Mahkamah Tinggi Syariah Seremban telah melantik Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan sebagai Penjaga dan Pemegang Amanah kepada adik Nurul Huda binti Muhamamd Hanifa.


2. Bagi memastikan penjagaan kebajikan dan pendidikan Nurul Huda binti Muhammad Hanifa seterusnya mentadbir sebagai Pemegang Amanah, pengurusan YKSNS akan melantik sebuah Jawatankuasa Pemegang Amanah bagi mengurus segala harta, pampasan kemalangan anak ini hingga suatu tempoh masa tertentu. Bahawa bagi menghormati kehendak arwah ayahandanya, kini penjagaan Nurul Huda binti Muhammad Hanifa dipertanggungjawabkan secara bersama dengan Puan Zaleha binti Abu Bakar. Walaupun YKSNS dilantik sebagai penjaga yang sah namun memandangkan keakraban anak ini dengan ibu angkatnya maka YKSNS mempersetujui penjagaan bersama anak ini dengan Puan Zaleha binti Abu Bakar dengan terma-terma tertentu yang difahami dan dipersetujui bersama.


3. Bahawa kedua-dua pihak ini menjalankan tugas adalah atas dasar agama semata-mata. YKSNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaleha binti Abu Bakar kerana sudi memikul tanggungjawab ini dan menerima seorang anak perempuan daripada keturunan India sebagai keluarganya. Saya amat menghargai pengorbanan ini dan mendoakan agar ianya berkekalan demi mencapai darjat kehambaan kepada Allah swt.


4. Pengurusan YKSNS akan mengeluarkan surat perlantikan Jawatankuasa Pemegang Amanah tersebut dalam tempoh yang terdekat ini. Kita berharap pihak-pihak yang dilantik sudi menerima pertanggungjawaban ini secara bersama supaya kebajikan dan ketelusan urusan penjagaan anak ini berkekalan dan mencapai maksud murni amanah ini.


5. Pengurusan harta anak yatim haruslah ditadbir dengan darjah ketaqwaan menurut kehendak Allah swt menerusi sumber-sumber Al Quran dan Hadis. Maka dengan itu ketelusan pengawalan akan dipantau oleh Jkuasa berkaitan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS