Koreksi Diri
Wednesday, December 9, 2009
Cakap Besar, Makan Besar dan Gelak Besar
Kita perlu elakkan diri untuk bercakap besar. Kita kena kawal diri daripada makan besar dan kita juga perlu memastikan tidak berketawa besar. Kesemua perilaku ini adalah pakaian nafsu. Apa lagi bernafsu besar !
Apabila kita bercakap pastikan kita bersederhana dan berada dalam keadaan takut dan harap. Takut-takut apa yang kita cakap itu boleh menggugurkan syahadah kita. Takut-takut kita cakap ikut sedap mulut. Mulut ini kalau dibiarkan dia boleh cakap apa sahaja tanpa batasan. ' Akan kupetik bintang di langit, ku anyam buat puteri impian ku' . Cuba lah pi petik bintang. Ingat juga bahawa setiap kata-kata kita adalah doa. Takut-takut dalam kita sedap cakap, kita terlepas kata-kata yang mencabar Tuhan. Seorang hamba tidak layak untuk bercakap dengan galak bagai halilintar yang menggegar bumi. Malu lah sikit dengan Tuhan!!!
Kita marah apabila kita dapati ada orang suka bercakap besar dan meninggi diri tapi kita tak sedar, kita pun apa kurangnya. Kita marah kepada orang yang tidak menolong kita tetapi kita tak sedar kita pun bukannya suka menolong orang. Kita suka orang muliakan kita tapi kita tak suka mulia kan orang. Kita hendak orang memberi kita tapi kita tak suka memberi kepada orang. Kita marah kepada orang bakhil tapi bakhil kita tak nampak. Kita marah apabila orang mengata kita tapi kita mengata orang suka hati je..
Aib orang kita nampak dan boleh disyarahkan tetapi aib sendiri tak nampak. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat tak tau. Semua orang di depan kita tak betul tapi kita je betul. Semua orang di depan kita tak pandai tapi kita je yang pandai. Aib dan cela orang lain senang nampak, aib dan cela diri dibiarkan begitu.
Apa yang kita cakap adalah ujian atas diri kita. Lebih baik diam daripada bercakap jika apa yang kita cakap boleh mengundang malapetaka. Kalau tidak ada apa yang baik untuk diperkatakan lebih baik diam. Lebih-lebih lagi cakap perkara yang kita tak buat ataupun tak mampu buat. Tuhan pun tegur tabiat ini. Wahai Manusia, mengapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak buat ?
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Ada je yang tak betul, tak patut, tak adil dan sebagainya. Mencari salah orang, mengata orang, umpat caci fitnah, mudah rasa tercabar adalah kegemaran nafsu.
Orang kaya mabuk dengan kayanya, orang berilmu merasa diri hebat (ujub) dengan ilmunya. Ada orang kata ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk. Makin kaya makin rendah diri, tempat jatuh lagi kan dikenang. Jangan ikut resmi ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Ayam pun dia berkokok lepas bertelur paling kurang pun adalah sebiji telur. Manusia ini belum ada apa pun dah berkokok!!! Apa diharap padi di seberang, entahkan jadi entahkan tidak !!! Apalah diharap kasih orang, entah sudi, entah tidak!!!
Mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan
Ku harapkan panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari
Dengar Madah Orang Tuhan
Tidur tak lena, Makan tak lalu, Mandi tak basah, berminyak tak licin, roh ini rindu kepada Tuan Punya Alam ini. Bercinta dengan cinta yang hakiki !!
Manusia perlu makan minum dalam hidup, kehendak untuk berkeluarga dan beranak pinak, mempunyai kemudahan tempat tinggal dan keselamatan. Untuk itu kita perlu menyara hidup dengan kudrat yang ada. Apa sahaja yang kita buat wajar kita memperolehi upah untuk meneruskan kehidupan dengan tujuan mempunyai tenaga untuk beribadah. Perkara asas untuk meneruskan kehidupan kita perlu tenaga kerana dengan tenaga kita boleh beribadat. Makna ibadat termasuk bekerja dan beramal.
Rasakanlah diri ini hina dina di sisi Tuhan, perhambakan diri ini pada Yang Maha Mengetahui.
0 comments:
Post a Comment