Polemik Kalimah Allah

Wednesday, January 6, 2010

1. Apabila dipandang daripada sudut dakwah, hasrat golongan tertentu telah membuka peluang yang luas untuk memulakan muzakarah di antara orang Islam dengan mereka yang belum Islam untuk memahami pengertian Allah swt daripada sudut tauhid orang Islam dengan mereka.


2. Permintaan ini walaupun agak sensitif dan menyinggung hati semata-mata kerana cuba menyamakan pemahaman mereka dengan tauhid kita tapi bukanlah bermakna mereka itu perlu dijadikan musuh kita.


3. Hanya segelintir orang tertentu yang mendalangi usaha ini, tidaklah sehingga kita perlu menjadikan setiap seorang daripada mereka sebagai sasaran untuk disakiti hati mereka sehingga agama Islam tercemar. Islam tidak akan tercemar melainkan orang Islam sahaja yang merasai kesannya.

4. Kita perlu bersatupadu demi memperkukuhkan ukhuwah kita bukan sahaja untuk mempertahankan malahan adalah untuk memperkasakan keimanan kita. Maha Suci Allah swt dengan segala yang mereka sekutukan jikapun mereka menggunakan namaNya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS