LAPORAN KERJA 2009

Saturday, March 6, 2010

LAPORAN KERJA 2009
YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
NO. PENDAFTARAN : 256 (PPM/NS 1049/01 (03) PPP/NS 38/01
DISEDIAKAN OLEH : PN. AJURAH BINTI ISHAK,SETIAUSAHA YKSNS


1.0. PENDAHULUAN

1.1. Penubuhan

1.1.1. Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 5hb. Febuari. 2003 dengan No. Pendaftaran 256 (PPM/NS 1049/01/(03) PPP/NS 38/01) melalui Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Cawangan Seremban. (Lampiran 1)

1.1.2. Alamat pengurusan di No. 22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

1.1.3. Alamat pengurusan rumah perlindungan di Kompleks Masjid Tok Muar, No. 2 Taman Cemerlang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


1.2. Organisasi

1.2.1. Carta Organisasi Pertubuhan diketuai oleh Presiden dan di bantu oleh Timbalan Presiden I dan II, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang di lantik. (Lampiran 2).

1.3. Objektif

1.3.1. YKSNS ditubuhkan untuk maksud – maksud kebajikan dan pembangunan sosio – ekonomi terutamanya pendidikan dan pembangunan sosio – ekonomi terutamanya pendidikan khususnya dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek terutamanya di kalangan warganeraga Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan.

1.4. Visi

1.4.1. Menjadi Peneraju Dalam Membina Masyarakat Yang Berkasih Sayang dan Hubungan Kemanusiaan Yang Tinggi.

1.5. Misi

1.5.1. Menjadi Pertubuhan Yang Membangunkan Akidah, Pendidikan, Ekonomi Serta Memberi Khidmat Kebajikan Kepada Masyarakat.

2.0. PERKHIDMATAN.
2.1. Menjadi Rakan Kerja Sukarela ;
2.1.1. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (Isu Penyelewengan Akidah dan Gejala Murtad).
2.1.2. Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan.
2.1.3. Pusat Kaunseling MAINS
2.1.4. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
2.1.5. Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah.
2.1.6. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kuala Pilah

3.0. LAPORAN PENUH AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2009.

BULAN PERINCIAN

JANUARI

Tugasan penghantaran barangan Program Ops Sayang Di Sayang sempenan sambutan tahun baru 2009.

5hb. Jan. 09 – mesyuarat Agung YKSNS untuk tahun 2009 bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa baru untuk sesi 2009/2010. Kebanyakan ahli jawatankuasa kekal memegang jawatan masing – masing untuk sesi seterusnya.

Penerimaan 2 pelatih baru untuk Aspuri yang memerlukan perlindungan sementara kerana masalah mengandung tanpa nikah dan juga saudara kita yang tiada mempuyai keluarga. Membuat temujanji pemeriksaan kesihatan untuk mereka di Klinik Kesihatan yang berdekatan.

Mengkhatankan salah seorang pelatih saudara baru di klinik swasta.

Presiden terlibat dalam sesi runding cara pemulihan akidah di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Mengadakan mesyuarat koperasi YKSNS bagi membincangkan aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi.

Mengadakan Mesyuarat Khas untuk Program Maulidur Rasul 1430H.


FEBRUARI

Urusan pendaftaran kelahiran bayi di Jabatan Pendaftaran Negeri, Kuala Pilah.

Menguruskan bantuan kewangan kepada saudara kita yang mengalami masalah buruan dari ‘Along’.

Program membaca Al-Quran secara cepat di Kompleks Tok Muar, Kuala Pilah dengan dihadiri oleh penghuni asrama, sukarelawan YKSNS dan juga orang luar.

Semua penghuni saudara baru mengikuti ‘Perasmian Kegiatan Saudara Baru di Rahang, Seremban yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mengadakan Kursus Pertanian Fertigasi di Kompleks Tok Muar dengan kehadiran lebih kurang 10 orang peserta dari luar. Kursus ini mengajar kaedah tanaman tanpa menggunakan tanah.

Menganjurkan ’ Pertandingan Mewarna dan Bercerita’ sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H di Pasar raya Besar Giant, Senawang. Pertandingan Melukis disertai oleh peserta berbilang kaum yang berusia dari 6 tahun sehingga 12 tahun. Pertandingan Bercerita ‘Kisah Sahabat’ disertai oleh pelajar sekolah menengah yang berusia dari 13 tahun sehingga 16 tahun.


MARCH 09

Timbalan Presiden II dan Presiden YKSNS terlibat dalam mesyuarat khas Program untuk masyarakat orang asli di bilik gerakan JHEOA, Seremban.

Rujukan kes Psiktiari HTAN untuk salah seorang penghuni Aspuri saudara baru untuk rawatan susulan.

Rujukan kes mengandung penghuni Aspuri ke Jab. Kebajikan Sosial, HTAN, Kuala Pilah atas kes mengandung luar nikah dan juga bukan warganegara.

Pertemuan dan perbincangan dengan ADO Kuala Pilah bagi permohonan rumah kerajaan yang tidak digunakan lagi bagi dijadikan rumah perlindungan YKSNS.

Program Gotong – Royong membersihkan kawasan di rumah Perlindungan YKSNS yang melibatkan peserta Tingkatan Dua dari Sek. Men. Keb, Agama Sheikh Ahmad Said, Seremban seramai 60 orang. Program diserikan dengan ceramah ringkas dan suai kenal dengan para penghuni YKSNS.

Mengikuti perarakan dengan Gabungan di Padang Majlis Perbandaran, Seremban sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H. Semua penghuni YKSNS turut terlibat dalam perarakan ini.

Menganjurkan Malam Semarak Kasih sempena Maulidur Rasul 1430H di Dewan Majlis Perbandaran Seremban dengan Forum Bicara Kasih yang dipengerusikan oleh Ust. Nazrey Johani dan

Menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada pihak YKSNS oleh Tenaga Nasional Berhad bagi pembelian PA System Masjid Tok Muar, Kuala Pilah.

Program Mendekati Masyarakat Orang Asli, Kg. Bari, Inas, Johol dengan dirasmikan oleh YB Adun Johol. Antara program yang dijalankan adalah Pertandingan Karaoke, Sukaneka, Pertandingan Mewarna dan juga Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma. Program turut mendapat kerjasama dari Pejabat Mufti Kerajaan Negeri, NS, Majlis Agama Negeri Sembilan, PK MAINS, JHEOA, Pejabat Kesihatan Daerah dan juga tajaan hamper dari Kementerian Keselamatan Negeri, NS.

Lawatan ke rumah Perlindungan HIV/Aids PERNIM, Cheras. Melihat perjalanan rumah tersebut serta sesi ramah mesra bersama penghuni rumah tersebut. Kami di sambut oleh pengetua rumah tersebut Pn. Hajah Norlina Alwi.

Menguruskan kes remaja liar rujukan dari Unit Jabatan Kebajikan Sosial, Kuala Pilah. Membuat sesitemu bersama klien dan juga penjaga. Diletakkan di bawah perlindungan YKSNS kerana bapa OKU dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Menghadiri ‘Malam Seribu Bintang’ anjuran Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah di Hotel Royal Aldephi, Seremban. Majlis tersebut penyampaian cenderahati dan penghargaan kepada kakitangan hospital yang cemerlang dalam tugasan.

Presiden turut terlibat dalam Mesyuarat AJK Bertindak serta sebagai kaunselor untuk Kaunseling Berkala Pemulihan Akidah.


APRIL 09

Pertemuan dan perbincangan dengan Ahli Majlis Agama Islam Dato’ Mohamed atas hasrat YKSNS unguk mengadakan Malam Amal bagi mengumpul dana untuk membiayai pembelian rumah akiviti – aktiviti YKSNS.

Pihak PK MAINS, Seremban membuat lawatan untuk penghuni Aspuri YKSNS dan memberikan sesi kaunseling kepada para penghuni .

Mengadakan Majlis Keraian AJK Perlaksana Program Orang Asli di Kompleks Tok Muar dengan kehadiran Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Majlis diserikan dengan penyampaian tag sukarelawan yang terdiri dari orang asli yang telah mendaftar sebagai sukarelawan YKSNS.

Presiden menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak ABIM di Seremban dan juga sesi rundingcara di Jab. Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Presiden YKSNS turut mendapat jemputan sebagai penceramah oleh pihak JAWI Wilayah Persekutuan yang diadakan di Hotel Naza, Melaka.

Sesi ziarah dan lawatan ke Perkampungan Orang Asli, Sg. Lui bersama dengan sukarelawan dari USIM.


MEI 09

Mengikuti kursus Masyarakat Majmuk bertajuk ‘Dakwah di Kalangan Bukan Islam’ yang diadakan di Masjid Baru Senawang.

Menyediakan bahan – bahan untuk pameran Konvensyen Al – Falak yang diadakan di SK Agama Sheikh Ahmad Said Seremban. Pameran berlansung selama 3 hari. Tapak pameran YKSNS turut dilawati oleh DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan serta YBhg. Dato Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. YKSNS juga turut menerima pendaftaran sukarelawan remaja yang terdiri dari pelajar sekolah berkenaan.

Penyediaan bahan – bahan dan juga jemputan untuk program bersama KIMMA bertajuk Program Pemuafakatan Saudara Muslim yang diadakan di Surau Hj. Musa, Seremban Selatan. Program diserikan dengan aturcara Pertandingan Mewarna yang di buka kepada anak – anak masyarakat setempat serta ceramah oleh Af Ustaz Farid Ravi bin Abdullah.

Jemputan dari ABIM untuk program untuk Perbincangan Ilmiah Anak Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

Program Gotong – Royong membersihkan kawasan Masjid, Aspura, Aspuri dan Pejabat YKSNS yang melibatkan pelatih – pelatih PLKN Camp d’Bana sebagai salah satu aktiviti bersama masyarakat kem tersebut.


JUN 09

Pertemuan bersama dengan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Pejabat Menteri Besar, Seremban dalam sesi suai kenal bersama dengan ALP YKSNS.

Pertemuan dan perbincangan dengan ALP Yayasan Negeri Sembilan bagi mendapatkan sumbangan dan penajaan untuk Kelas Jahitan yang dianjurkan oleh YKSNS.

Menganjurkan ‘Program Remaja Soleh’ untuk remaja lelaki yang berusia 15 tahun sehingga 16 tahun di Kompleks Masjid Tok Muar selama 2 hari. Pengisian disampaikan oleh Penceramah Jemputan dari KUIS, Negeri Sembilan.

Menganjurkan Program Lawatan ke Melaka bersama dengan sukarelawan yang terdiri dari kalangan orang asli serta ahli – ahli YKSNS. Antara tempat lawatan adalah EYE ON MALAYSIA, Zoo Melaka, Dataran Pahlawan dan beberapa tempat bersejarah di Melaka.

Presiden menghadiri taklimat di Seremban bertajuk Islam Sebagai Cara Hidup Saudara Baru.

Mesyuarat khas Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan di Pejabat Urusan YKSNS, Kuala Pilah bagi membincangkan aktiviti yang telah berlansung dan yang akan diadakan serta tindakan yang perlu di buat.

Mengikuti taklimat Pengaruh Wahabi dan Kesannya di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban.

Lawatan dan Ziarah ke rumah pasangan saudara baru di Seremban yang diajukan permasalahan mereka oleh salah seorang sukarelawan YKSNS. Pasangan tersebut tiada pendapatan tetap kerana suami menghadapi masalah sakit kencing manis yang serius dan tidak berupaya untuk berjalan kerana luka di kaki.

Pejabat Pegawai Daerah Kuala Pilah (DO) Tuan Ibrahim bagi susulan permohonan rumah kerajaan yang tidak diguna pakai berhampiran dengan Pejabat Daerah, Kuala Pilah untuk dijadikan asrama YKSNS.

Menguruskan pendaftaran kelahiran anak penghuni Aspuri YKSNS yang telah selamat melahirkan bayi serta menguruskan pertemuan bersama keluarga klien di HTAN, Kuala Pilah.


JULAI 09

Menguruskan urusan persekolahan dua beradik saudara baru yang tinggal di YKSNS. Bertemu dengan Pengetua Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah bagi urusan kemasukan dan pendaftaran.

Mengadakan Program Sukarelawan di Kompleks Masjid Tok Muar yang disertai oleh sukarelawan – sukarelawan yang mendaftar dengan YKSNS. Dalam program ini peserta didedahkan dengan maklumat asas tentang kesukarelawan serta aktiviti – aktiviti YKSNS.

Menghadiri bengkel kaunseling anjuran PK MAINS yang diadakan di Majlis Perbandaran Seremban.

Menghadiri Program Malam Amal Rumah Anak – Anak Istimewa, Taman Tuanku Jaafar yang diadakan di Majlis Perbandaran Seremban. Malam Amal ini diadakan bagi mengutip dana bagi membiayai pengurusan rumah tersebut.

Program Gotong – Royong membersihkan kawasan dan dalaman rumah kerajaan yang telah diberikan kepada YKSNS untuk digunapakai sebagai rumah perlindungan. Program dijayakan bersama oleh wakil dari Pejabat Daerah Kuala Pilah. Majlis Daerah Kuala Pilah dan juga anggota dari Jab. Pertahanan Awam Kuala Pilah.

Menguruskan permohonan kemasukan lewat daftar untuk persekolahan anak ibu tunggal di Pejabat Pendidikan Negeri, Seremban.

Menguruskan kes permohonan kad pengenalan saudara baru di Putrajaya, Wilayah Persekutuan di mana sepanjang tempoh 41 tahun , klien tidak pernah mempunyai kad pengenalan atas permasalahan krisis keluarga.


OGOS 2009

Kelas Jahitan untuk sesi 2009 dimulakan pada bulan ini dengan pelatih yang terdiri dari orang asli, ibu tunggal, penghuni Aspuri YKSNS dan juga golongan asnaf.

Membuat pertemuan dengan Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah (ADO) bagi sokongan dan urusan persekolahan anak penghuni Aspuri yang telah keciciran persekolahan hampir setahun.

Menguruskan penyediaan dokumentasi serta ke Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Duta bagi permohonan pengecualian cukai bagi penderma yang ingin menyumbang ke YKSNS.

Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak peguam bagi urusan pinjaman bank untuk pembelian rumah yang akan dijadikan tempat/pusat aktiviti YKSNS terletak di Taman Cemerlang, Kuala Pilah.

Program D’ambang Ramadhan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1430H yang diadakan di Masjid Tok Muar, Kuala Pilah yang diserikan dengan penyampaian ceramah oleh YBhg. Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Program turut dihadiri oleh saudara – saudara baru serta masyarakat setempat.

Menerima sumbangan dari pihak Bank Simpanan Nasional yang disampaikan diMajlis Cabutan Sijil Simpanan Premium yang diadakan di Terminal One, Seremban.


SEPTEMBER 09

Mesyuarat ALP YKSNS bagi membincangkan agenda – agenda yang telah dicadangkan sepanjang tahun 2009 dan perancangan yang akan dilaksanakan.

Mesyuarat Koperasi YKSNS bagi membincangkan perlaksanaan dan perancangan untuk membuka mini runcit yang memasarkan barangan dan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam.

Menerima lawatan dari wakil Pejabat Pembangunan Negeri, yang datang untuk melihat kos pembaik-pulih rumah kerajaan yang telah diberi kepada YKSNS untuk digunapakai sebagai rumah perlindungan. Ini adalah susulan dari permohonan YKSNS yang memohon untuk sumbangan membaiki kerosakan rumah – rumah terbabit.

Membuat lawatan dan ziarah ke rumah salah seorang saudara baru yang susah dan menjaga ibu yang sakit (mengalami tekanan) di Rumah Rakyat Juasseh. Melihat bantuan yang perlu disalurkan kepada keluarga terbabit.

Mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Kompleks Masjid Tok Muar dengan kehadiran yang terdiri dari kalangan saudara baru. Majlis turut diserikan dengan ceramah khas serta sembahyang sunat terawih.

Menziarahi kubur bekas penghuni YKSNS yang meninggal di Rumah Seri Kenangan, Seremban.

Membawa penghuni serta beberapa saudara baru ke Melaka untuk Majlis Berbuka Puasa yang di taja oleh Hotel Naza, Melaka. Di sana beberapa peserta yang terpilih telah diberikan sumbangan duit raya dan majlis turut diserikan dengan sembahyang sunat terawih di bilik khas yang disediakan oleh pihak penaja.

Membuat persiapan dan sambutan Perkampungan Raya 1430H yang diadakan di Kompleks Masjid Tok Muar. Sambutan hari raya kali ini disertai oleh saudara – saudara baru yang tidak mempunyai kampung halaman serta keluarga. Majlis diserikan dengan Solat Sunat Hari Raya, Takbir Raya dan penyampaian sedikit duit raya serta juadah raya yang disediakan secara bergotong – royong.

Mengadakan pertemuan dengan penasihat YKSNS Ust. Ahmad Zaki Hamzah berhubung dengan permohonan kemasukan dua bersaudara ke Aspura YKSNS. Perbincangan mengenai masalah serta penyelesaiannya.

Menerima kemasukan pasangan suami isteri ke asrama YKSNS rujukan kes dari Pusat Dakwah Negeri Sembilan atas sebab perlindungan sementara dan baru memeluk Islam.

Membuat lawatan sambil belajar ke Homestay Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Pihak YKSNS di beri penerangan tentang perjalanan Homestay ini, aktiviti – aktiviti yang dijalankan serta melawat salah sebuah rumah yang telah dijadikan Homestay.


OKTOBER 09


Menerima sumbangan barangan keperluan dari individu yang prihatin untuk kegunaan penghuni dan juga bayi. Antara barangan yang di terima adalah susu bayi, pamper’s, sabun basuh, Nescafe, milo, susu, gula, beras dan pelbagai jenis barangan keperluan semasa.

Mengikuti Kursus HPA bagi persediaan koperasi YKSNS untuk menjadi stokis dan membuka mini market pagi memasarkan barangan keluaran pengusaha Islam. Kursus berjalan selama 2 hari.

Menerima lawatan dari pihak Jabatan Kesihatan Daerah dan Balai Bomba Daerah bagi memastikan rumah perlindungan berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk diduduki serta keselamatan penghuni terjamin.

Membuat persiapan untuk Majlis Rumah Terbuka YKSNS bertempat di Kompleks Masjid Tok Muar. Majlis di hadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari saudara baru, pegawai dari pelbagai agensi kerajaan dan juga masyarakat setempat. Majlis bermula jam 3.00 petang dan selesai jam 6.30 petang.

Menerima kemasukan klien baru yang menghadapi masalah mengandung tanpa nikah dan di hantar oleh keluarga sendiri. Uruskan temujanji untuk pemeriksaan Pre-natal.

Mengadakan program Mentor untuk penghuni asrama yang dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk objektif mendidik penghuni agar focus dan juga sikap saling bantu membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Juga untuk mempersiapkan diri penghuni dengan reality kehidupan di luar.

Bawa penghuni asrama untuk Majlis Hari Raya Saudara Baru di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Penghuni saudara baru di beri sumbangan duit raya. Majlis diserikan dengan ceramah dan bacaan Al – Quran oleh diperdengarkan oleh saudara baru. Majlis selesai jam 2.00 petang.

Membawa beberapa penghuni yang berjaya mengekalkan kedudukan dalam pertandingan – pertandingan yang dijalankan sepanjang program menziarahi rumah rakan bukan Islam yang merayai Deepavali. Ini juga adalah satu agenda tahunan YKSNS dalam Program Mendekati Bukan Islam.

Penghuni lelaki juga terlibat dalam latihan silat sebagai salah satu aktiviti YKSNS untuk penghuni lelaki selain dari Kelas Fardhu Ains, Kaunseling dan juga program – program remaja yang dianjurkan oleh YKSNS.

Menjalinkan kerjasama dengan pihak PPIM berhubung dengan kes saudara baru yang di bawah umur berkahwin dengan pemuda India yang beragama Hindu. Membuat pertemuan dengan pemuda terbabit. Hasil dari sesi temu dan nasihat, pemuda tersebut telah memeluk agama Islam dan kini belajar asas agama Islam di YKSNS.

Mengadakan Pertandingan Memasak dan Nasyid antara kumpulan di kalangan penghuni bagi mencungkil bakat para penghuni serta sikap menjalinkan kerjasama ketika membuat tugasan.

Mengurus dan menghantar kemasukan salah seorang penghuni YKSNS (saudara baru) melanjutkan pelajaran di KUIS, Nilai dalam jurusan Komunikasi.



NOVEMBER 2009

Menguruskan permasalahan penghuni iaitu mencarikan rumah untuk di sewa bagi penghuni yang telah boleh berdikari dan bekerja serta yang telah mempunyai pasangan hidup.

Meneruskan program Mentor dengan setiap kumpulan menjalankan aktiviti perniagaan antara jenis jualan yang di pilih adalah kuih, nasi dan juga buah. Setiap kumpulan di beri modal berniaga sebanyak RM 200.00. Objektif pertandingan ini adalah untuk melihat sikap keusahawanan serta tolenrasi setiap ahli dalam menjayakan perniagaan yang dijalankan. Ia juga mendedahkan kepada penghuni realiti dan cabaran sekiranya mereka berada di luar dan menguruskan perniagaan.

Menerima kemasukan klien baru saudara baru perempuan berusia 41 tahun rujukan dari Pusat Dakwah Islamiah, Paroi yang memerlukan perlindungan sementara kerana rumah beliau telah dirobohkan.

Menguruskan pernikahan pasangan saudara baru yang menghidap HIV di Pejabat. Agama Daerah Kuala Pilah. Urusan termasuk menghantar Kursus Pra – Perkahwinan, Medical Check – Up, perbicaraan wali, penyediaan dokumentasi dan juga saksi bagi pernikahan ini. Pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pegawai Agama Daerah Kuala Pilah, YBhg. Ust.Muhammad Hatta bin Ghazali.

Membantu menguruskan kes saudara kita yang menghadapi masalah perkahwinan. Membantu mendapatkan khidmat kausenling dari PK MAINS bagaimana menuntut hak setelah diceraikan serta memberi peluang pekerjaan kepada beliau.

Menguruskan dokumentasi perbicaraan permohonan untuk berkahwin bawah umur serta Waqalah bagi saudara baru yang masih berusia 14 tahun dan ingin berkahwin di Pejabat Agama Daerah Kuala Pilah. Mengaturkan pertemuan dengan ayah serta mendapatkan khidmat kaunseling dari PK MAINS.

Menerima kemasukan klien Aspuri rujukan dari Hospital Bahagia, Ipoh Perak. Klien melahirkan seorang bayi lelaki hasil hubungan dengan teman lelaki berbangsa Indonesia. Teman lelaki telah melarikan diri. Uruskan temujanji dengan klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan berkala bayi dan ibu juga turut menguruskan bantuan kegunaan peribadi dan bayi.

Menganjurkan Program Remaja iaitu ‘Islamic Spiritual Camp’ yang diadakan selama dua hari di Kompleks Masjid Tok Muar. Program disertai oleh remaja lelaki dan perempuan yang berusia di antara 14 tahun sehingga 16 tahun. Objektif program adalah untuk mendidik remaja dari segi rohani dan spiritual agar menjadi remaja yang berilmu dan bertakwa. Sepanjang dua hari, para peserta tinggal di khemah yang disediakan YKSNS. Majlis Penutup dirasmikan oleh Penasihat YKSNS, YBhg. Ust. Ahmad Zaki bin Haji Hamzah.

Membuat lawatan dan ziarah ke perkampungan orang asli di Sg. Lui, Negeri Sembilan di mana pihak YKSNS mendapat jemputan ke Majlis Perkahwinan anak salah seorang ahli sukarelawan YKSNS dan juga ahli jawatankuasa kampung.

Mengadakan Program Qurban 1430H dan Taklif di Kompleks Masjid Tok Muar. YKSNS pada tahun ini mengorbankan seekor lembu hasil perkongsian ahli dan sukarelawan YKSNS. Majlis yang bermula dari pukul 8 pagi diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh YBhg. Ust. Saiful Nizar dan juga YBhg. Ust. Ahmad Zaki bin Hamzah. Majlis diteruskan dengan penyerahan tanggungjawab dari ayah kepada anak yang telah baligh dalam majlis Taklif. Program Penutup dirasmikan oleh mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sohibul Fadilah YBhg. Dato’ Murtadza bin Haji Ahmad. Program selesai jam 2.30 petang.

Menguruskan permasalahan kesihatan salah seorang penghuni yang menghidap kencing manis dengan membuat temujanji berkala dengan klinik kesihatan serta daily dressing bagi luka yang dialami. Turut memaklumkan kepada ahli keluarga asal tentang permasalahan ini.
DISEMBER 2009 Menguruskan dokumentasi – dokumentasi dan juga pindaan nama beberapa penghuni yang telah memeluk Agama Islam di Jabatan Pendaftaran Negeri, Kuala Pilah. Pihak YKSNS juga menguruskan akuan sumpah berhubung dengan pindaan ini di Pesuruh Jaya Sumpah. Turut menguruskan membuat kad pengenalan baru bagi penghuni yang telah kehilangan kad pengenalan dan rosak.

Mengadakan program khas untuk penghuni dan juga remaja sempena cuti sekolah yang di beri nama Program ’Kami Dengar Kami Taat’ yang bertujuan melahirklan generasi yang beriman dan bertakwa. Moto porgram ini adalah ’Disiplin Menuju Taqwa’. Program ini berjalan selama 40 hari dan sepanjang program ini beberapa penceramah telah di panggil untuk berkongsi pandangan dalam slot khas ’Sehari Bersama Pemimpin’.

Peserta program juga turut mengikuti kursus dalam kursus yang di pimpin oleh Sarjan Rosli bin Mohd. Ali yang bertajuk ’ Aku dan Perubahan’. Dalam kursus ini beberapa bakat telah di cungkil seperti bakat mengacara Majlis, pembaca doa, penyajak dan juga pemantun. Dalam program ini juga peserta telah di ajar sikap bekerjasama, fokus, toleransi dan juga semangat setiakawan. Peserta juga di didik dengan keyakinan diri yang tinggi.
Membuat sambutan ’Awal Muharram/Maal Hijrah 1431 di Kompleks Masjid Tok Muar dengan agenda bacaan doa akhir tahun dan awal tahun serta ceramah khas oleh Ybhg. Tuan Anuar bin Ujang , Pegawai Pendidikan Daerah, Daerah Kuala Pilah.

Menguruskan khatan saudara baru iaitu penghuni asrama YKSNS yang baru memeluk Agama Islam serta kebajikan penghuni – penghuni asrama seperti rawatan berkala, rawatan kesihatan dan juga urusan pendaftaran kelahiran bayi untuk ibu yang baru melahirkan anak.

Membawa peserta program Kami Dengar Kami Taar untuk pertandingan bowling antara kumpulan yang telah dibahagi – bahagikan di Seremban Parade.

Membuat majlis perpisahan dan penyerahan peserta program Kami Dengar Kami Taat kepada keluarga masing – masing. Peserta di beri peluang untuk meluahkan rasa hati sepanjang mereka mengikuti program ini. Peserta juga di beri cenderahati program baju yang telah di reka khas untuk program ini.

Mengadakan pertandingan ’Memasak Bubur Asyura’ sempena hari Asyura disertai oleh penghuni asrama yang telah dibahgaikan kepada 3 kumpulan serta kakitangan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.

Tahun 2009 diakhiri dengan Program ’Planning Strategic 2010’ Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan serta hari keluarga yang diadakan di Rumah Kerajaan Negeri, Port Dickson. Dalam program ini antara perkara yang dibincangkan adalah perancangan tahun 2010, kelemahan dan kekuatan serta pembentangan laporan 2009 dan juga takwim untuk 2009.

4 comments:

shafura hanafiah March 17, 2012 at 12:50 PM  

bagaimana utk mendapatkan khidmat kaunseling keluarga? tolong informkan dengan segera ...urgent

Anonymous,  May 6, 2013 at 5:42 AM  

It's an remarkable paragraph for all the web people; they will take benefit from it I am sure.

my web blog :: Video Keyword Tool

Anonymous,  May 7, 2013 at 5:43 PM  

It's going to be ending of mine day, but before ending I am reading this impressive paragraph to increase my experience.

Also visit my weblog Path of Exile Lets Play

Anonymous,  June 14, 2013 at 5:08 PM  

I read this paragraph fully regarding the resemblance of newest and preceding technologies,
it's amazing article.

my homepage ... Paper Please Steam

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS