TANAMAN CILI FERTIGASI
Sunday, February 1, 2009
Penanaman Cili sistem fertigasi merupakan antara kaedah penanaman pertanian yang berdaya saingan dan boleh dibuat sama ada secara komersial ataupun sekadar untuk mengisi masa lapang bersama-sama keluarga dan anak-anak. Riadah pertanian ini bukan sahaja dapat dijadikan aktiviti untuk menjalin dan mempereratkan keakraban keluarga tetapi juga dapat memenuhi keperluan makanan harian.
Sistem fertigasi tidak memerlukan keluasan tanah yang besar tetapi boleh dimulakan dengan mengoptimumkan kawasan laman rumah kita. Penanamannya boleh didesignkan sebagai landskap di samping dapat mengindahkan laman rumah dapat pula kita memetik hasil seterusnya menampung keperluan harian kita.
YKS Negeri Sembilan menginspirasikan idea ini untuk dikongsi bersama dengan sesiapa sahaja. Kaedah ini bukan sahaja tidak bermodalkan besar tetapi tidak juga memerlukan pekerja yang ramai. Bagi mereka yang sibuk penanaman menggunakan sistem fertigasi adalah pilihan yang ada kerana kita boleh mengaplikasikan sistem pengairan dan pembajaan auto ternyata tidak mengganggu tugas harian kita. Bayangkanlah kita balik ke rumah setelah berhempas pulas bekerja dan kita disambut dengan juntaian cili kemerah-merahan yang setiap satunya adalah duit-duit yang tergantung cuma perlu petik dan jualnya. Alangkah bahagianya dapat memetik wang daripada hasil usaha kita.
1 comments:
Lampirkan gambar tanaman untuk meyakinkan pengunjung
Post a Comment