Pengalaman Lalu, Sempadan Kini - ( sambungan )
Friday, March 6, 2009
Pengalaman Hari Pertama Bersyahadah...
Saya patut rakamkan ucapan terima kasih kepada seorang anak murid saya yang telah mengaturkan pertemuan dengan bapa saudaranya yang bernama Lebai Rahman di rumahnya Kampung Purun, Talang, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Hari itu, hari Sabtu, selepas selesai program merentas desa sekolah, saya bersama-sama anak-anak murid saya ( pelajar tingkatan 2 tahun 1989 di Sekolah Menengah Dato Abdul Samad, Tanjung Ipoh ) dengan kawan baik saya Muhammad Zulkarnain bin Abdullah, nama dulu dia ( Meena Kumar Pillai ) pergi ke rumah Lebai Rahman.
Berbagai-bagai persoalan jugak timbul di benak hati, namun berkat sokongan moral kawan-kawan saya teruskan jugak. Mulanya saya ditanya apakah benar saya ingin menganut agama Islam ? Lalu saya diberi penerangan ringkas, proses yang bakal saya lalui. Setelah saya menyatakan persetujuan maka saya diajar mengucap dua kalimah syahadah disaksikan oleh anak-anak murid dan kawan saya. Selepas itu, saya disuruh mandi, bersihkan apa yang patut katanya, kemudian Lebai Rahman suruh saya baca niat mandi wajib dan mandi sunat taubat seterusnya lintaskan dalam hati. Dalam pada itu, dia menjirus air kemudian anak-anak murid saya mengajar saya mengambil air wuduk lalu lebai Rahman pimpin saya bersolat sunat taubat. Katanya, ikut jer apa yang saya lalukan dan bacalah Allah-allah pun tak pe... Seterusnya disuruh saya menyesal sungguh-sungguh dan berazam meninggalkan amalan dulu..
Bermula daripada hari itu, saya ke masjid bersama-sama kawan saya. Isu saya memeluk agama Islam tersebar dalam masyarakat India. Pelbagai reaksi. Mulanya mereka telah berjaya menakut-nakutkan ibu saya dengan mengatakan bahawa saya bakal memutuskan hubungan dengan keluarga kerana masuk Islam tak boleh tinggal bersama-sama keluarga bukan Islam, banyak contoh yang diberi dan didapati berjaya meyakinkan ibu saya. Saya balik rumah, ibu saya bertanya betul ke saya telah memeluk agama Islam, dia macam tak percaya, dia merayu dia bertanyakan adakah saya bergurau, dia bertanyakan maknanya saya telah berpisah ke dengan dia, Ibu saya menangis. Walaupun hati bercampur baur tetapi tetap tenang. Mereka tidak faham, berbeza agama tidak memutuskan tali kekeluargaan.
Malamnya, saya melalui pengalaman aneh. Setelah selesai solat Isyak, kawan saya hantar saya balik ke rumah. Pada malam itu, saya hanya seorang sahaja di rumah. Balik rumah sahaja, kerana kepenatan saya tidur. Keadaan diri saya sebenarnya di antara tidur dan jaga. Susah jugak untuk lelapkan mata. Pada waktu itu saya didatangi suluhan cahaya putih bagi perak disepuh. Lebih terang daripada matahari. Diri saya diselubungi dengan pancaran cahaya tersebut hingga hampir waktu subuh. Sukar saya nak bangkit, hanya dapat melihat dan merasai cahaya tersebut. Bukan itu sahaja, dalam keadaan antara tidur dan jaga itu juga saya terdengar bacaan Surah Al Ikhlas ( nama surah itu sekarang baru saya tahu ) berulang-ulang kali hingga ke pagi. Selaind daripada itu, menjadi kebiasaan saya terbangun seolah-olah dikejutkan menjelang jam 3 pagi hampir setiap hari.
Saudara dan saudari pembaca, saya jarang bercerita mengenai perkara-perkara pelik yang dilalui kerana apabila saya bercerita, saya akan kehilangan perkara-perkara tersebut lebih kurang seminggu lamanya.
Apabila saya memeluk agama Islam, membaca tafsir Al Quran dan Hadis dan menghadiri kuliah, banyak betul rahsia yang saya cari tersingkap. Pagi ada kemusykilan, petangnya ada jawapan. Adakalanya terlintas suatu persoalan, kemudian apabila saya duduk dalam sesuatu kuliah dapat pula jawapannya. Apabila saya duduk mendengar kuliah agama, kebanyakan yang disampaikan seolah-olahnya saya sudah lama belajar dan ustaz yang mengajar hanya mengesahkan secara zahir apa yang saya sudah pun tahu. Sebenarnya saya tidak pernah belajar tapi saya seolah-olah sudah tahu.
Saya amat berminat dengan dunia ghaib, soal-soal roh, jin, hantu dan sihir. Bukan itu sahaja, soal-soal hidup sesudah mati. Saya dengan kawan saya memang pusing cari bomoh, dukun dan pawang.
Bersambung...
Soal-soal mati, dari dua dimensi - Hindu dan Islam
1 comments:
Alhamdullilah, segala kejadian di aturkan oleh Allah s.w.t. keistimewaan atau mukjizat hanya diperolehi oleh insan terpilih sahaja.
Post a Comment