Perjuangan..
Tuesday, March 10, 2009
Apabila kita dah sebut kita berjuang maka tiada lagi istilah pedih mata dan sakit kepala. Apakah erti perjuangan tanpa pengorbanan. Kaedah mana yang kita pilih untuk berjuang akan ada kesan timbal balas. Setiap tindakan dan kata-kata akan ada balasan dan tentunya kita perlu redha demi keyakinan kebenaran perjuangan kita. Apabila kita menuding jari menunjuk suatu pihak sebagai pihak yang salah, sudah barang pasti pihak yang ditunjuk juga akan menunjuk balik pada kita bahawa kita juga ada salahnya. Jika semua pihak sibuk tunjuk menunjuk dan menuding jari maka tidak ada pihak yang berusaha memikirkan kaedah mengatasi sesuatu permasalahan. Akhirnya kita jadilah perjuangan kita seperti joget lambak yang mengecewakan. Hasrat tak capai, hati sakit, kepala pening, duit habis hasil tiada. Janganlah kita berkokok berderai-derai pada hal ekor bergelumang tahi.
Marilah kita mengambil pendekatan memperbetulkan diri, semak semula peri laku, tutur kata kita yang telah banyak menyinggung perasaan, menyebabkan hati-hati duka lara sehingga memendam rasa seterusnya menamakan Agama Suci kita sebagai penyebab umatnya suka mengamuk !
Ramai orang merajuk dengan perangai kita dan kata-kata kita. Kita kena belaja kontrol lidah kita, makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.
Saudara-saudari, marilah kita buangyang sudah lalu, elakkan kita bergaduh sesama sendiri dan membiarkan orang menjadikan kita barangan sarkas. Malu kita apabila menghadap Tuhan nanti. Orang berperang menegak agama kita berperang untuk mengisi perut kita. Orang mati tak de apa nak makan, kita mati berlebih makan. Orang alim bertolak-tolak jawatan, orang kita berebut-rebut jawatan. Orang dulu masuk penjara tak mahu jawatan, orang sekarang masuk penjara berebut jawatan.
Kalau kita rasa kita sayangkan sesuatu dan mengambil keputusan untuk memperjuangkannya tentunya pihak yang satu lagi pun mempunyai aspirasi yang sama. Tidaklah wajar kita meraih simpati ketika di medan perjuangan. Mengangkat pedang bukan jalan penyelesaian tapi kalau itu pilihan kita, maka ayunan pedang pihak lawan tidaklah boleh dikatakan kezaliman. Meraih simpati di medan perjuangan bukanlah sifat seorang 'wira' melainkan orang yang ingin mengambil kesempatan atau menangguk di air keruh. Masing-masing mempunyai hak untuk memperjuangkan sesuatu yang dihasratkan atau dihajati. Dalam memperjuangkannya jangan pula kita terlupa hak orang lain.
Kita daripada rumpun agama yang sama, maka ingatlah biduk berlalu, kiambang bertaut dan satu lagi, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Hidup mati, sakit pening esok yang datang dan jengok-jengok kita nanti, tak kan ada orang lain. Dah terbarai kita esok, kawan yang kita maki tu lah yang akan datang tolong, malu alang kepalang. Ada burung seekor itu, ada masa-masa tertentu dia masukkan kepala dia dalam tanah, kalau kita boleh buat cam tu bagus jugak... he he he...
Jadi CAKAP tu biar bersukat dan jangan berterabur, puas nak kutip esok!!
0 comments:
Post a Comment