Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan

Thursday, March 12, 2009

Usaha penubuhan Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan telah berjalan sejak tahun 2004 selepas cadangan penubuhannya dipersetujui dalam Seminar Tertutup Cabaran Penyelewengan Akidah anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka.
Dengan daya usaha awal YKSNS dan sokongan Angkatan Belia Islam Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan yang ketika itu, Ustaz Jaafar bin Muhammad menjadi Pengerusinya telah memanggil suatu perjumpaan melibatkan semua NGO di Negeri Sembilan. Tetapi yang hadir hanyalah YKSNS, ABIM dan JIM. Seterusnya ditetapkan satu lagi perjumpaan, alhamdulillah ada peningkatan dalam kehadiran. Kehadiran kali ini lebih baik. Yg Bhg Dato Siti Rahmah, YDP Perkim turut hadir, selain daripada itu, wakil-wakil beberapa pertubuhan juga turut hadir dan menyatakan sokongan. Di antara pertubuhan tersebut ialah Majlis Madrasah India Muslim Malaysia (MIM), Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ), Muslim Revert Association ( MRA ). Dengan kehadiran jumlah minimum 7 ahli maka korum untuk penubuhan secara rasmi telah mencukupi. Saya selalu teringat komitmen Sdra Sufian, YDP JIM, ketika itu. Beliau memberikan sokongan padu dan rangsangan agar hasrat penubuhan dilaksanakan. Kemudian berlaku perubahan dalam kepimpinan ABIM. Ustaz Jaafar Muhammad disebabkan usia terpaksa melepaskan jawatan YDP ABIM dan diganti oleh Ustaz Haji Shamsul Azhar bin Yahya.
Pada peringkat awal agak sukar untuk berhubung dengan beliau tetapi Sdra Sufian mengusahakan supaya suatu pertemuan diadakan. Akhirnya tarikh baru ditentukan dengan tekad jika Ustaz Shamsul Azhar tidak hadir maka Sdra Sufian akan dilantik menjadi Pengerusi Pertubuhan Gabungan Dakwah Negeri Sembilan. Dalam pemilihan nama pertubuhan pun banyak penyesuaian, mula Pertubuhan Gabungan NGO-NGO Dakwah Negeri Sembilan ( GANDA ), lepas tu Pertubuhan Gabungan Dakwah Negeri Sembilan ( GADAK ) sekarang nama yang dipersetujui oleh Pendaftar Pertubuhan ialah Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan ( Tak tau lah apa singkatannya ).
Dengan izin Allah swt, pada tarikh yang ditentukan Ustaz Shamsul Azhar hadir dan dipersetujui sebulat suara dilantik menjadi Pengerusi bagi tempoh 1 tahun lagi. Makanya, ABIM telah memegang jawatan tersebut 3 tahun.
Di ruangan ini, saya berasa berdosa jika tidak merakamkan Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan Yg Bhg Dato Haji Mohd Murtadza Haji Ahmad, Ustaz Mohd Zaidi bin Haji Ramli dan Ustaz Ahmad Zaki bin Haji Hamzah untuk memastikan urusan-urusan penyatuan dan penyelarasan gerakan dakwah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Wujudkan penyatuan, penyelarasan, gerakan bersepadu dalam isu tertentu, mempunyai target group supaya aktiviti tidak bertindih. Gerakan ini juga akan menjadi wadah untuk membantu agensi pelaksana agama kerajaan dalam gerakan dakwah terutamanya cabaran murtad di kalangan umat Islam. Gerakan ini juga akan melahirkan aktiviti dakwah yang tersusun, bersepadu dan mewujudkan kekuatan sesama gerakan, saling lengkap melengkapi. Perjumpaan yang selalu juga akan mengurangkan prejudis, mengeratkan persefahaman. Dengan adanya gabungan ini, saya berasa mudah bekerja dengan Jamaah Islah Malaysia, ISMA pun mula membantu, MIM dah lama membantu, Perkim pun mula terlibat. MRA masih mengasingkan diri manakala ABIM mungkin masih sibuk lagi disebabkan mereka sudah lama dan pertubuhan yang besar berbanding dengan YKSNS.
Sebagai Pengerusi Gabungan, saya berhasrat untuk menyatukan kesemua pertubuhan dakwah Islam Negeri Sembilan. Memang banyak halangan dan cabaran yang dihadapi. Harus diakui kesukaran untuk menguruskannya. Berurusan dengan ahli gabungan memerlukan kesabaran, tekad dan keikhlasan hanya kerana ALlah.
Namun begitu, saya nak ucap terima kasih kepada semua ahli pertubuhan yang memberi kerjasama untuk menjayakan program gabungan.

2 comments:

edika March 13, 2009 at 10:48 PM  

Tahniah, hamba rasa menarik sungguh laman ykns kerana senantiasa 'up date' dan disulami dengan gambar gambar yang bertukar tukar saban hari, satu usaha yg amat terpuji taklah asyik benda yg sama . Tahniah sekali lagi.

Cikgu Nan March 15, 2009 at 10:06 AM  

Terima Kasih di atas sokongan saudara... Respon saudara menjadi dorongan tk

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS