Hidayah Itu Satu Anugerah Agung

Wednesday, April 8, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Baginda saw, keluarga dan sahabatnya,
Sahabat-sahabat, rakan handai taulan sekelian,

Terlebih dahulu marilah kita merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita masih punya ruang dan peluang untuk
memperbaiki dan memperkemaskan diri kita bagi menghadapi janji Allah swt yang pasti dan pasti. Sementara usia kita masih diberkati, maka marilah kita berazam bersungguh-sungguh
untuk meraih simpati dan kasih Allah swt yang tidak terhingga agar sentiasa terperlihara iman dan amal kita.

Saudara- Saudari,

Marilah kita merenung sejenak kehidupan kita,
kehidupan kita sebelum ini, tidak kiralah sama ada kita saudara baru atau muslim sejak lahir,
adalah merupakan satu anugerah !
Kita diciptakan sebagai makhluk Allah swt yang paling istimewa, dikurniakan bentuk tubuh badan yang cantik, diberikan hati nurani, dan akal yang sempurna...
Sudah barang pasti ini merupakan anugerah agung Allah swt kepada umat manusia,
seterusnya diikhtiraf pula sebagai khalifah di muka bumi...

Penciptaan Adam dan segala keturunannya merupakan anugerah Allah swt kepada umat manusia, Allah swt memuliakan manusia dengan memerintahkan malaikat sujud atas penciptaan tersebut..

Bermulalah pengkhianat pertama,
sifat sombong dan takabur menguasai,
terasa diri lebih hebat, lebih mulia dan lebih suci,
sombong menguasai diri,
menyebabkan terlupa dengan siapa sedang berkata-kata,
akibat terlepas kata, laknat tertimpa, terusir menjadi hina,
lalu berdendam dan berjanji durjana,
akan membalas dendam hingga akhir hayat,
lalu memohon tanggguh sehingga jadilah mereka yang diberi tangguh,
Hingga sampai waktu tertangguh itu, bekerja keras menyesatkan manusia,
lalu terpeliharalah manusia yang IKHLAS hanya kerana Allah swt.

Anugerah Agung Allah swt ialah mencampakkan ke IKHLAS an ke hati nurani manusia,
Allah swt menyedia pintu taubat seluas-luasnya,
Allah swt memandang manusia dengan rasa kasih dan sayangnya
Anugerah Allah swt yang tidak ternilai ialah Allah swt merupakan Maha Penerima Taubat,
Khazanah besar, luas sehingga tidak meliputi dengan sesuatu ukuran masa dan jarak,
dosa yang bertimbun-timbun, berbuih-buih punya biasa sahaja bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..


Carilah reda Allah, jangan cari reda manusia,
reda manusia tiada kekal, reda Allah kekal abadi,
Kasihnya manusia bermusim dan bersukat-sukat,
sayangnya Allah swt seluas alam semesta hingga tiada batasan,


bersambung...

2 comments:

Ustaz Saiful Muhammad April 12, 2009 at 8:23 PM  

Dalam Gersang Kembara Bermula
Titisan Air Jadi Buruan
Buat Membasah Tekak Yang Hiba
Hausnya Sudah Tiada Tertahan

Tidak Tertahan Rasanya Diri
Sungguhlah Jahil Tiada Ketahuan
Kosongnya Jiwa Tiada Terperi
Dambaku Sungguh Ilmu Ya Tuhan

Kembara Temu Pelbagai Laku
Ujian Datang Pelbagai Wajah
Segala Itu Semua Dilalu
Berjalan Terus Biarpun Payah

Bertemu Sijahil Maka Berbalah
Baik Mengalah Elaknya Punah
Begitulah Laku Jadi Tarbiah
Jika Tidak Semuanya Musnah

Musnahlah Diri Tiadanya Ilmu
Musnahlah Akhlak Jika Sengketa
Hilang Akal Amarah Bertemu
Rosak Rohani Jadilah Buta

Bertemu Ilmuwan Maka Bertuah
Terisi Cawan Sehingga Tertumpah?
Dahaga Hilang Alhamdulillah
Pujian Hanya Pada Al-Ilah

Adakah Sungguh Kendi Terisi?
Ilmu Barokah Dari Pendita
Bukan Dahaga Dihilang Tadi?
Nampakkah Kurang Empunya Mata?

Adakah Tidak Dituang Airnya?
Nikmat Rasanya Tiada Diduga
Cawan Kosong Kemana Isinya?
Lenyapnya Air Hilang Dahaga

Maka Kembali Mencari Lagi
Untuk Mengisi Bejana Lopong
Diri Berilmu Itulah Resmi
Bertambah Isi Terasa Kosong

Gersang Kembali Kembara Ini
Hanya Mengharap Redha Ilahi
Sudahlah Tentu Kekal Abadi
Berserah Bulat Pasrahlah Diri

Tintanya Ilmu Tiada Sempadan
Mentaati Allah Paling Utama
Lenyaplah Diri Dalam Celupan
Disisi Allah Abadi Selama

Dhaifnya Diri Sudah Ternyata
Adanya Ilmu Jauh Sekali
Yang Baru Itu Semua Binasa
Akuilah Kini Lemahnya Diri

Binasa Juga Kalam Yang Ini
Kalamnya Hamba Diri Yang Hina
Tidaklah Kekal Jasadnya Ini
Ilahana Anta Maqsuduna

Cikgu Nan April 14, 2009 at 10:22 AM  

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan catatan ...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS