Kompleks YKS Tok Muar

Wednesday, April 8, 2009

Kompleks YKS Tok Muar terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kedudukannya di Pekan Lama Kuala Pilah dan berhampiran dengan Ulu Sungai Muar merupakan rumah yang dijadikan tempat perlindungan sementara bukan sahaja untuk saudara baru tetapi mereka yang memerlukan. Maksud saya apabila mengatakan 'mereka yang memerlukan' ialah sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dan memerlukan perlindungan. Di antara golongan yang sering memerlukan penginapan sementara ialah ibu tunggal yang kehilangan sumber pendapatan atau tempat pergantungan kebanyakannya disebabkan oleh perceraian. Selain daripada itu, rumah perlindungan ini juga membantu golongan tua sebelum ditempatkan di Rumah Orang Tua Jabatan Kebajikan Masyarakat, ibu hamil tanpa nikah termasuk remaja-remaja yang mengandung juga biasanya dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial, Hospital-hospital di Negeri Sembilan untuk mendapat penjagaan sementara menantikan mereka bersalin. Sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes-kes buang anak merata-rata. YKSNS dapat memujuk keluarga agar menerima anak-anak tersebut kerana mereka tidak bersalah dan tidak harus menerima nasib malang disebabkan perbuatan orang lain. Kebiasaannya hanya pada mulanya, keluarga menentang dan tidak mahu menerima kembali anak-anak mereka. Akhirnya, selepas bersalin selalunya didapati keluarga dapat menerima kembali anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu, rumah perlindungan yang beroperasi 24 jam ini amat diperlukan dan releven untuk membantu agensi-agensi kerajaan. Penglibatan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan ini memerlukan sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak. Bahawa dengan itu, kami Pengurusan YKSNS berharap untuk menarik mereka yang ingin turut menyumbang bantuan kewangan bagi memastikan pengurusan rumah perlindungan ini dapat berjalan terus.

Saya berharap individu yang prihatin dapat menyumbang sejumlah bantuan kewangan terus ke Akaun Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, BIMB : 05021010019276. Seandainya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, 012- 393 4840 ( maayks@gmail.com ). Bagi mereka yang tidak dapat membantu dalam bentuk kewangan dipelawa juga menjadi Sukarelawan YKSNS untuk menyumbang khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan. Andaikata, tiada mampu juga menyumbang khidmat bakti sudi-sudi memohon doa keberkatan atas usaha ini. Keikhlasan kasih dan keberkatan doa menjadi harapan kami.
Kepada semua pihak yang pernah membantu, semoga Allah swt senantiasa memberkati apa jua usaha pihak tuan/puan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS