MALAM MUZIKAL 'di sini kasihnya tertumpah II'
Tuesday, April 14, 2009
Terlebih dahulu kami di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mendoakan kesejahteraan tuan dan semoga berada dalam limpahan rahmat Allah swt.
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Malam Muzikal' di sini kasihnya tertumpah II' pada 5hb Jun 2009 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.
Program ini adalah lanjutan Malam Amal ' di sini kasihnya tertumpah I' yang berjaya diadakan pada tahun 2008 yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai pembelian rumah perlindungan di Taman Cemerlang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rumah ini telah dijadikan rumah perlindungan sementara bagi saudara baru dan golongan yang memerlukan dan tempat menjalankan aktiviti-aktiviti YKSNS.
Sehubungan itu, dengan rendah hati kami memohon sekiranya sudi tuan menghulurkan sumbangan bagi membantu kami menjayakan rancangan tersebut di atas. Sumbangan boleh dibuat melalui pembayaran cek atau pindahan wang atas nama YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN di akaun Bank Islam Malaysia Berhad- 05030010135487.
Tuan / Puan juga boleh menghubungi kami sama melalui email: maayks@gmail.com atau talian tetap 06-48100 122 / 06 4810092 / Faks:- 06 4810 576 untuk keterangan lanjut.
'MENJANA MASYARAKAT PRIHATIN DAN PENYAYANG'
MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH
Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

012 393 4840
0 comments:
Post a Comment