Untuk Siapa Rumah Perlindungan YKS

Monday, May 18, 2009

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Rumah Perlindungan YKSNS yang terletak di Kompleks YKS Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah terbuka untuk saudara baru dan beberapa kategori kumpulan yang memerlukan perlindungan sementara. Sungguhpun kami berusaha untuk menerima sesiapa sahaja yang dirujuk kepada kami tetapi disebabkan beberapa masalah dan kekangan kami terpaksa menolak kes-kes serius seperti pesakit jiwa yang kronik, pesakit HIV dan mana-mana klien yang tidak dapat menjaga dirinya sendiri.
Beberapa tatacara perlu dipatuhi oleh agensi atau mana-mana individu yang ingin menggunakan perkhidmatan rumah perlindungan YKS. Di antaranya ialah agensi-agensi atau individu yang merujuk klien tersebut hendaklah menjadi perujuk atau penjamin individu tersebut sama ada dengan mengeluarkan surat rujukan atau menandatangani borang permohonan menduduki rumah perlindungan. Pengurusan Rumah Perlindungan YKS juga akan membawa klien untuk pemeriksaan perubatan dan membuat laporan polis bahawa klien dirujuk oleh agensi atau individu tertentu dan klien juga bersetuju untuk tinggal di rumah perlindungan secara sukarela. Rumah Perlindungan YKS adalah berkonsepkan sebuah rumah dan kehidupan berkeluarga, makna tiada pak guard, klien tidak dikurung malahan mereka bebas. Sehubungan dengan itu, hanya klien yang sukarela ingin menggunakan kemudahan sahaja dapat dipertimbangkan.
Kami berharap agensi kerajaan atau mana-mana pihak yang ingin merujuk klien mereka memahami tujuan peraturan ini dan memastikan tatacara ini dipatuhi demi kebaikan kedua-dua belah pihak pada masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS