Pengurusan Hutang Along
Wednesday, June 10, 2009
Dalam catatan bulan lalu, saya ada menimbulkan isu kewajaran bantuan penyelesaian hutang kepada mereka yang terlibat dalam pinjaman along. Saya juga ada menyarankan agar MAINS mempunyai dasar atau polisi yang standard berhubung dengan perkara ini memandangkan terdapatnya peningkatan yang agak ketara dalam isu pinjaman tanpa lesen yang sah ini. Sungguhpun orang yang berhutang harus dibantu tetapi kesan sampingan yang timbul adalah negatif. Di antara kesan sampingan ialah peminjam-peminjam ini apabila tidak lagi sanggup menjelaskan hutang mereka menjalani hidup yang tertekan dan tidak keruan. Selain daripada along yang terlibat memberi cadangan supaya peminjam mendapatkan bantuan daripada Baitul Mal untuk menjelaskan hutang mereka.
Sungguh menyedihkan apabila melihat perubahan tingkah laku yang ketara pada wajah peminjam-peminjam. Dalam lawatan saya untuk bertemu bual dengan peminjam-peminjam ini didapati ada yang tinggal dalam rumah mewah tanpa kemudahan elektrik kerana telah dipotong disebabkan tidak mampu untuk menjelaskan bil mereka. Selain daripada itu, ada juga yang mengatakan bahawa kalau mereka tidak dibantu untuk menyelesaikan hutang, mereka akan bertukar agama kerana ada pihak yang menjanjikan jika mereka bertukar agama, hutang mereka akan dilangsaikan! Saya tidak tahu sejauhmana benar dakwaan ini. Namun itulah yang kita dengar dalam sesi temu bual dengan peminjam.
Dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian ini, kami berkenalan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Nampaknya jalan penyelesaian yang dicadangkan berkesan dan membantu. Strategi dan pendekatan yang digunakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia nampaknya berkesan dan adalah jalan pintas untuk menyelamat ribuan mangsa yang terperangkap dengan jerat peminjam haram tanpa lesen yang sah. Metodnya mudah dan dapat membantu kita, oleh itu saya menyarankan supaya mangsa-mangsa ceti haram menghubungi Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi merundingkan kaedah pembayaran menurut undang-undang agar tidak terus merana dalam cengkaman ceti haram.
Sehubungan dengan itu, info perkhidmatan yang disediakan oelh PPIM ini perlu disebarluaskan supaya diketahui umum dan dengan itu, pengguna dapat mengetahui hak mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam pada itu, perlu dingatkan bukanlah PPIM akan menanggung hutang tersebut. Hutang mestilah dibayar oleh orang yang pinjam. Cumanya hutang tersebut akan diselaraskan pembayaran dalam satu perbincangan dengan PPIM, mangsa dan Along dalam suasana yang harmoni sehingga tercapai pembelaan hak orang tertindas. Ini baru dikatakan penindasan orang kaya terhadap orang miskin.
Tiada penindasan apabila seorang yang ingin mendidik menegur anak didiknya yang malas dan degil.
3 comments:
Salam
Bagaimana nak mendaftar menjadi ahli?
Hakim
0176217626
hakim@azbsgroups.com
Hello, Saya Puan Heather White, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Jgn sesekali percaya dpt pinjaman peribadi dr luar negara.. ini sindiket dr negara Afrika
Post a Comment