Ratu Lebah, Ratu Semut dan Ratu Hati
Friday, June 12, 2009
Beberapa hari yang lalu, saya menerima kunjungan kawan saya yang bernama Zamri. Sewaktu berada di Kuala Pilah hampir setiap hari kami berjumpa sekadar untuk berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan perniagaan, kehidupan dan soal-soal agama. Beliau telah berpindah ke Shah Alam, khabarnya sudah berhenti kerja sebagai jurujual dan membuka perniagaan sendiri. Beliau merupakan seorang yang aktif dan proaktif.
Dalam pertemuan kali ini, beliau tiba ke rumah saya hampir jam 12.00 malam. Kami keluar minum dan beliau belanja makan sekali. Beliau menceritakan mengenai perniagaan terbaru beliau. Beliau sekarang menternak lebah di Sekinchan. Nampak begitu yakin dan gembira apabila beliau menceritakan pengalaman-pengalaman bersama-sama lebah. Rupanya terlalu banyak keunikan, kehebatan lebah sehingga saya terpanggil untuk mencari keunikan lebah dan madunya. Menurut beliau, patut pun lebah dan madu mendapat tempat dalam Al Quran.
Saya mencari maklumat mengenai lebah dalam internet. Saya tertarik dengan beberapa perkara utama yang disampaikannya. Keteraturan lebah, pembinaan sarang lebah, bagaimana lebah berusaha mempertahankan Ratunya, usaha pengumpulan manisan, wujudnya lebah dengan pelbagai peranan dan tanggungjawab, gerakerja membina sarang yang amat teratur dan unik. Selain daripada itu, beliau juga turut menceritakan bagaimana pengalaman beliau menjadi Bee Man. Walaupun pada mulanya agak merisaukan tetapi akhirnya beliau berjaya juga menjadi Bee Man. Kehidupan lebah dalam sesebuah sarang amat berkaitan rapat dengan ratunya.
Saya menceritakan pengalaman sahabat saya ini kepada Adam Chang. Bagaimana kreatifnya Sang Lebah membina sarangnya.Tiap-tiap lubang sarang lebah adalah berbentuk segi enam yang sangat teratur. Kalau manusia disuruh melukis sudah tentu akan menggunakan pelbagai peralatan seperti pembaris tetapi sang lebah melakukan dengan amat tekun dan berjaya membina sarang yang amat unik. Lebih daripada itu, tiap-tiap lebah mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri. Walaupun terdapat ratusan lebah tetapi lebah tidak pernah tersilap mencari lubang tempat tinggal masing-masing.
Lebah betina memiliki peranan penting dalam kelompok serangga ini. Perilaku lebah sangat ditentukan oleh perilaku dari lebah betina. Beberapa lebah betina dari spesies tertentu hidup sendiri (soliter) dan sebahagian lainnya dikenal memiliki perilaku sosial. Lebah soliter membangun sendiri sarangnya dan mencari makan untuk keturunannya tanpa bantuan lebah lain dan biasanya mati atau meninggalkan sarang pada saat keturunannya belum menjadi lebah dewasa. Kadang kala beberapa spesies lebah soliter memberi makan dan merawat anaknya tanpa memberikan cadangan makanan bagi anaknya, bentuk hubungan seperti ini dikenal dengan istilah subsosial. Sementara pada tahap lebih tinggi, lebah hidup berkelompok dan saling berbagi tugas sesuai dengan bentuk fisik masing-masing.
Lebah ratu hanya satu ekor dalam setiap koloni dan mengawal semua kegiatan lebah betina dan lebah jantan. Komposisi kromosomnya diploid sehingga dapat menghasilkan keturunan. Badannya lebih besar kerana sejak masih dalam bentuk larva ia diberi makan royal jelly yang kaya akan khasiat. Tugas utamanya ialah kahwin dan bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2.000 butir sehari. Harapan hidup lebah ratu ialah tiga tahun.
Lebah betina atau lebah pekerja mengumpulkan serbuk sari dan nektar. Madu merupakan produk hasil pengolahan makanan ini dalam tubuhnya dan disimpan dalam sarang lebah untuk makanan, termasuk untuk larva dan pupa. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Harapan hidup lebah pekerja ialah tiga bulan atau lebih sedikit. Lebah betina terbentuk tanpa melalui perkawinan ("partenogenesis") dan mandul (steril) karena hanya memiliki satu set kromosom (haploid).
Bagaimana lebah ini boleh begitu kreatif.
Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah:
Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16: 6
Tahukah anda tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga ini?
Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang diperolehi lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Sebagaimana firman Allah, madu adalah “ubat yang menyembuhkan bagi manusia”.
Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada 20-26 September 1993 di Cina. Dalam konferensi tersebut telah dibincangkan mengenai kaedah perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati berbagai penyakit. Seorang doktor asal Rumania mengatakan bahwa ia mencuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 kliennya sembuh sama sekali. Para doktor asal Polandia juga mengatakan dalam konferensi tersebut bahwa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti bawasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lainnya.
CERITA INI BELUM HABIS LAGI....
NANTI NAK CERITA MENGENAI RATU SEMUT
LEPAS TU BARU RATU HATI...
0 comments:
Post a Comment