Terima Kasih Dan Sekalung Pujian

Wednesday, June 10, 2009

Pengurusan YKSNS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan sekalung pujian kepada pelajar-pelajar IDIP kerana dalam tempoh bercuti mereka telah berkhidmat sebagai sukarelawan di Kompleks YKS Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Mereka telah membantu urusan pentadbiran dan menjadi Urusetia Kem Remaja Soleh yang telah diadakan pada 5hb - 7 hb Jun 2009 dengan jayanya. Selain daripada itu, pelajar-pelajar ini juga telah berkhidmat sebagai tukang masak di Kompleks.
Kerjasama dan sokongan mereka sewajarnya mendapat penghargaan dan didahului dengan rakaman ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah swt bersama-sama kita.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS