Tahniah dan Terima Kasih

Friday, June 12, 2009

Pengurusan YKSNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan Sdra Muhammad Fadhil Nur bin Mohd Rawi sebagai Petugas Multimedia dan Pereka Grafik. Kami juga mengucapkan UCAPAN TAHNIAH di atas kejayaan memperolehi jawatan di sektor kerajaan. Pengurusan juga merakamkan ucapan yang sama kepada Sdra Redzuan Ahmed bin Abdullah di atas kejayaan memperolehi jawatan Juruteknik Komputer. Semoga hubungan baik dengan YKSNS akan sentiasa terpelihara. Segala budi baik dan sumbangan hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.
Sepanjang perkhidmatan di YKSNS, saudara telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan warga yks merasai kerugian namun demi masa depan saudara kami iringkan dengan doa.
Secara peribadi, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang perkataan, perbuatan dan tingkah laku yang tidak disenangi.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH
Presiden
Berkuatkuasa 15hb. Jun 2009

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS