Tuesday, June 9, 2009

Resmi Ayam, Bertelur Sebiji Riuh Sekampung


Resmi Ayam, Bertelur Sebiji Riuh Sekampung merupakan kata perbilangan yang mempunyai nilai pekerti yang baik. Mungkin keriuhan ayam tersebut berkokok menggemparkan orang, lalu apabila ditinjau didapati riuhnya ayam disebabkan kejayaannya bertelur walaupun masih sebiji. Kalau hendak ditinjau mungkin kita perlekehkan hasil ayam tersebut. Jika hendak ditanya pada ayam itu,



' apa kena dengan ko nie.. telurnya sebiji je tapi bukan makin gempar. Kau nie riyak ke ? '



Kalaulah ditakdirkan ayam bercakap entah-entah dia jawab cam nie,



'...bukan riyaklah tapi bersyukur, Paling kurang aku ada gak sebiji, kalau bersyukur mungkin ditambahkan rezeki. Yang ko tu langsung takde...'



Yang kita ni kan tak faham bahasa ayam. Aku pun tak faham... agak-agak je




Menindas



Gaya kerja menindas bukan budaya kita. Kalau pun kita tegas dalam memastikan mutu kerja tetapi tetap berpegang teguh kepada nilai kemanusiaan dan budi bahasa. Menindas ini menafikan hak ataupun mengambil hak.




Kesenangan Dirasai Bersama



Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Kesenangan hanya akan dapat dirasai setelah kita bersusah payah dalam apa juga bidang kerja kita. Tidak ada kejayaan tanpa susah payah. Yang bulat tidak akan datang menggolek dan Yang pipih tidak akan datang melayang. Semuanya perlu kepada usaha yang gigih. Kita bekerja dan kita menuai hasil. Kalau padi yang ditanam tentulah padi yang tumbuh. Jika lalang disangka padi, buat penat sahaja membajanya. Jadilah seperti kata pepatah mendukung biawak hidup. Buek kejo sio-sio...



Kesenangan adalah apabila dapat melihat muka-muka saudara kita. Apabila mereka balik bercuti kita dapat melihat hasilnya kerana ada yang sudah pandai mengaji, boleh menjadi imam dan dapat melihat akhlak bunga diri amat membanggakan. Tak rugi kita bersusah payah. Nilai kesenangan hati. Cukup bahagia..



Apabila mereka sudah berjaya tiada apa yang diharapkan daripada mereka. Kalau-kalau ada masa ziarah pun cukup lah. Tak mintak duit dan tak pernah mintak pun. Apabila ada orang mempersoalkan bahawa kesenangan harus dirasai bersama bukannya hanya dengan mengarah-arah. Hati tersentuh jugak. Biar apa orang lain kata.


Apabila kita mengatakan sembahlah yang hak ! Lalu kita menambahkan bahawa mana mungkin dalam dunia ini ada banyak Tuhan. Lalu orang yang mendengarnya mengatakan bahawa mengapa kamu menghina dan mencaci aku..


Siapalah kita untuk mencaci manusia. Apakah kita mencaci dan mencela manusia. Adakalanya dalam Al Quran pun sering kali memberi celaan keras terhadap manusia yang tidak menggunakan akal untuk memperhambakan dirinya.


Mengapa kita menerima pernyataan tersebut sebagai hak lalu mengatakan siapalah kita untuk mencaci ciptaan Allah swt dan setelah itu mereka tidak mengakui Allah swt sebagai Tuhannya?


Apakah benar kita mencaci ? Islam tidak membenarkan kita mencaci sesama manusia. Mencaci dan mencela adalah bersifat peribadi, menyentuh soal-soal peribadi, menjatuhkan maruah dan sebagainya.





Kebahagiaan Hanya Milik Orang Beriman


Wang ringgit tidak akan dapat memberi kebahagiaan. Harta dan pangkat juga tidak akan menjamin kebahagiaan. Kebahagiaan adalah milik Allah dan hanya ditumpahkan ke hati-hati orang beriman dan beramal soleh sahaja.


Ada Isteri Susah, Tak de Isteri Lagi Susah


Ada Anak Susah, Tak de Anak Lagi Susah


Ada Suami Susah, Tak de Suami lagi Susah


kemudian


Tak Isteri Susah, Ada Isteri Lagi Susah


Tak Ada Anak Susah, Ada Anak Lagi Susah


Tak Suami Susah, Ada suami Lagi Susah



Hidup ini silih berganti dengan susah dan senang.



Life is like a river


The deeper it is the less noise its makes


Manusia Yang Bijak


Manusia yang bijak adalah mereka yang mengingati MATI. Mati sebagai penghapus kelazatan hidup. Tiada manusia yang boleh mendakwa dirinya bijak kerana dapat membawa atau membimbing dirinya dan manusia menurut jejak langkahnya. Kalau dirasakan bahawa kita berupaya membawa perubahan dan kesan ke atas manusia itulah keangkuhan tersorok. Siapalah kita untuk memberi hidayah kepada manusia. Jika kita berpandangan begini kita harus menyesali diri kita. Nabi saw tidak dapat membawa hidayah kepada bapa saudaranya. Nabi Noh as tidak dapat mengajak isteri dan anaknya, Asiyah tidak dapat mengajak suaminya tetapi bacaan Al Quran saudaranya Umar dapat menyentuh hatinya abangnya untuk menurut jejak langkahnya menerima Islam. Bukankah itu pilihan Allah swt.


Keikhlasan mahal harganya. Tidak dapat dijual beli. Tidak boleh disebut-sebut mahupun ditunjukkan. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui apakah yang terkandung dalam hati penulis rencana ini ketika ia menulis sama ada menulis kerana hak semata-mata atau ingin menghentam. Balasan untuk ikhlas milik mutlak Allah swt. Jika disebut-sebut saya ikhlas itulah tandanya tidak ikhlas. Derita adalah Ujian. Sabar Adalah Latihan dan Ikhlas adalah Anugerah.



Kasih Ibu Membawa Ke Syurga


Ibu mempunyai martabat yang hebat di sisi Allah swt. Kita diperintah mematuhi kehendak Ibu selagi mana tidak bercanggah dengan perintah Allah swt dan RasulNya. Kasih ibu memang abadi. Tetapi memperkenalkan kasih ibu semata-mata dengan melupakan Tuan Punya Kasih Dan Sayang akan merosakkan hati anak. Didiklah anak supaya berterima kasih kepada Ibu dan bersyukur ke Allah swt. Didiklah anak-anak supaya mengharap hanya pada Allah swt. Didiklah bahawa hanya dengan izin Allah swt kita memperolehi sesuatu. Perkenalkan bahawa walaupun kasihnya ibu terhadap anak begitu membabi buta tetapi kasihnya Tuhan kepada hambaNya melebihi 70 kali kasih ibu.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS