Terima Kasih dan Penghargaan
Monday, June 8, 2009
Ahli Jawatankuasa Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yg Bhg Dato Siti Rahmah binti Hj Kasim, YDP Perkim Negeri Sembilan di atas kesudiannya untuk memberi sumbangan RM 1,000.00 untuk tabung yang dinamakannya Dana Perkim YKS.
Tempoh yang dijanjikan telah tamat. Setakat hari ini, YKSNS hanya dapat membayar RM 50,000.00 untuk pembelian rumah tersebut. Harga rumah tersebut ialah RM 290, 000.00. Kini YKSNS dalam masa kecederaan. Sekiranya usaha-usaha untuk membeli rumah ini tidak berjaya maka seperti yang dijanjikan YKSNS terpaksa mengosongkan rumah tersebut. Sebab itu adalah janji YKSNS dengan pemaju perumahan. Pemaju memberi peluang selama setahun untuk membolehkan YKSNS mencari dana bagi membeli rumah tersebut.
Warga Kerja YKSNS hendaklah prihatin bahawa kita mesti bekerja bersungguh-sungguh dan rajin. Kita mesti mencapai mutu kerja yang tinggi. Jangan buat kerja sekadar buat sahaja. Kita ada janji dan amanah untuk ditunaikan. Sebagai orang-orang biasa yang memiliki harapan luar biasa kita mesti bersatu hati untuk mencapai matlamat. Kalau ada orang tua kita yang menegur pastinya kerana ingin melihat kita berjaya. Jika ada pihak yang ingin memberi nasihat kita terima dan kita ucap terima kasih. Biarlah orang berkata apapun, biarlah sesedap manapun mereka bersyarah, hakikatnya yang akan menanggung adalah kita. Jadikanlah diri kita dalam golongan orang-orang yang membuat sesuatu supaya terjadi bukannya golongan yang menunggu-nunggu supaya sesuatu terjadi. Memanglah kita adalah golongan yang tiada daya upaya melainkan hanya dengan kehendak Allah swt tetapi kejituan dan fokus kerja dengan semangat yang sama akan membentuk gelombong kekuatan rohani untuk menolak sesuatu untuk menjadi kenyataan.
Jika kita mempunyai 20 orang yang sabar kita dapat menandingi kekuatan kumpulan yang berjumlah 2000 orang. YKSNS yakin dengan kekuatan yang ada dalam pasukan kerjanya. Sungguhpun hanya 2 atau 3 orang tetapi kekuatan dan semangat mereka seperti 2000 atau 3000 orang. Semangat dan ketaatan yang ditunjukkan walaupun melalui pelbagai ujian yang menguji kesabaran dengan tahap-tahap kesabaran yang pelbagai jelas menunjukkan insya Allah dalam apa keadaanpun pasukan kerja YKSNS semestinya sukar ditandingi. Saya sebenarnya kagum dengan taat setia dan jiwa rendah diri yang dimiliki oleh tenaga kerja YKSNS.
Saya percaya yang mereka semua faham bahawa mereka tidak sekali-kali melakukannya kerana saya. Mereka bekerja kerana Allah swt kerana mereka yakin dengan janji Allah swt. Kalau tidak mana nak tahan dengan cabaran dan ujian yang datang. Bukannya mudah kalau tidak ikhlas. Apalagi untuk mendapat pertolongan Tuhan. Manakala saya sekali-kali tidak pernah saya terlintas untuk menindas sesiapa. Saya tidak memiliki apa-apa melainkan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Apabila saya melihat muka-muka saudara baru yang bersama saya makin kuat semangat saya untuk merealisasikan wawasan pembelian rumah tersebut sekurang-kurangnya dapat diwakafkan untuk mereka. Adalah sedikit peninggalan untuk mereka menjadikannya kampung halaman. Ada sesuatu untuk mereka. Selain itu, saya memiliki sekeping hati yang ingin membantu sesiapa sahaja dengan apa cara sekali pun dan pada bila-bila masa pun.
Mereka yang bersama-sama saya ini adalah Pemegang Amanah yang percaya. Saya yakin mereka dapat mewarisi kepimpinan dan perjuangan YKSNS apabila tiba masanya. Mereka telah diuji dan teruji. Saya dapat melihat keikhlasan di wajah mereka. Kalau apa-apa terjadipun tidaklah saya ralat kerana sudah tersedia pelapis yang bersedia meneruskan perjuangan.
Lalu marilah kita berdoa supaya kita dikekalkan dalam semangat yang sama sepanjang masa dan sepanjang hayat. Ameeen...
0 comments:
Post a Comment