Tamat Kem Remaja Soleh

Sunday, June 7, 2009

Tamat Kem Remaja Soleh pada hari ini diakhiri dengan ucapan Yg Bhg Dato Siti Rahmah binti Haji Kasim, Pengerusi Perkim Negeri Sembilan. Dalam ucapannya beliau banyak menyentuh perkara-perkara positif agar dijadikan teladan dan sempadan. Nyata pengalamannya yang sudah banyak boleh dijadikan teladan dalam mempertajamkan akal dan budi kita. Peserta juga nampak begitu seronok dan gembira dan menyatakan harapan supaya diadakan program seumpama ini pada masa hadapan.



Petugas juga nampaknya telah bertungkus lumus dalam menjayakan Kem Remaja Soleh. Penglibatan penceramah luar memberi kesan positif dalam memastikan tema program menjadi kenyataan. Makanan yang dimasak pun sedap, rugilah Ustaz Zaki tak datang...



Terima Kasih Kepada Semua Pihak Yang Menjayakan Kem Remaja Soleh.
MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH
Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

2 comments:

Ahmadinejad June 7, 2009 at 11:49 PM  

Tahniah diatas kejaayaan pihak tuan dalam penganjuran Kem Remaja Soleh, diharap pihak tuan dapat memaparkan detik-detik indah dalam menjalankan program berkenaan..

Cikgu Nan June 8, 2009 at 2:56 PM  

Terima Kasih kerana mengikuti perkembangan dan memberi semangat dan dorongan...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Hakcipta terpelihara YKSNSweb 2009 by YKSNSwebmaster 2009

Back to KE ATAS