Keluarga Terbiar di Kuala Pilah
Friday, July 10, 2009
Laporan diterima daripada Ustaz Hatta, Pusat Dakwah Islamiah Paroi pada 9hb. Julai 2009 8.08 pm mengatakan ada sekeluarga 3 orang anak beranak dihalau daripada rumahnya sendiri. Berdasarkan panggilan telefon tersebut, saya bergegas ke Masjid Yam Tuan Raden. Sesampainya didapati benar seperti yang dikatakan oleh Ustaz Hatta.
Keluarga 3 beranak ini memang saya kenali dan juga penduduk Kuala Pilah. Maka tidak hairan lah mengapa tidak ada siapa yang mempedulikan keadaan mereka, seperti yang disebutkan oleh Ustaz Hatta, bahawa katanya semenjak sebelum maghrib tadi mereka duduk di depan masjid dan tidak ada sesiapa pun yang mengambil tahu. Apabila saya mendekati dan bertanyakan keadaan dan nasib yang menimpa, sambil berlinangan air mata kedua-dua anak beranak menceritakan situasi yang melanda hidup mereka sehingga terpaksa pula hidup terbiar dan melarat begini. Cucuran air mata bagikan sungai itu menyebabkan para jemaah yang lalu lalang terutamanya musafir menghulurkan bantuan kewangan. Berbaloi jugaklah cucuran air mata, nampaklah kat tangan cucunya wang kertas RM50, RM10 beberapa helai.

Sebentar kemudian, azan Isyak berkemundang, keluarga ini mengadu lapar dan beredar untuk mencari kedai makan. Sebelum itu sempatlah mereka mengatakan bahawa mereka dihalau daripada rumah sendiri, petang tadi ada bulldozer telah menolak pokok-pokok getah mereka dan mereka tidak dibenarkan tinggal di situ. Malahan orang yang memperlakukan mereka begitu katanya, mengheretnya untuk suruh dia tunjukkan kepadanya mana satu tanah yang didakwanya adalah miliknya.
Sepanjang pengetahuan, YKSNS pernah memberi bantuan kewangan dan makanan kepada keluarga ini. Semakan daripada JKM juga mendapati keluarga ini ada menerima bantuan kewangan. Lalu segala yang diperkatakan haruslah diselidiki secara mendalam sebelum membuat apa-apa kesimpulan atau rumusan.
Selepas solat Isyak, saya menyusur sekali lagi ingin mengetahui keadaan keluarga ini dan mengajak Pak Jamil, kawan saya yang mengenali serba sedikit tempat tinggal keluarga ini. Pada malam itu, saya bergerak ke arah Kg Dioh Kecil tetapi dalam suasana kegelapan malam sukar untuk mengenal pasti rumah keluarga tersebut.
Pada pagi ini, sekali lagi saya membuat tinjauan dan dengan bantuan penduduk tempatan, saya dapatlah ke rumah keluarga tersebut. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan. Tetapi sewaktu kami tiba, tiada sebarang orang yang tinggal kat rumah tersebut.
Saya tidak pasti, namun rumah ini dibina hasil daripada bantuan kerajaan. Hanya dibuat daripada batu blok. Adakah ini spesifikasi rumah PPRT? Namun jiran mengatakan ini adalah di bawah Program Mesra Rakyat. Mungkin perlukan penjelasan. Apapun kita mesti berusaha melakukan sesuatu supaya mereka terbela dan mendapat perhatian lebih daripada sekarang. Saya pasti semua pihak sudahpun menunaikan tanggungjawab mereka tetapi mungkin perlu lebih sedikit...
Kami juga agak terkejut apabila mendapati rumah yang keluarga ini tinggal tidak mempunyai kemudahan elektrik malahan meternya pun tercabut. Kabel elektrik seperti dipotong. Kami cuba menghubungi jiran sebelah bertanyakan mengenai perkara tersebut. Mereka memaklumkan keadaan tersebut mungkin disebabkan dihempap pokok akibat ribut, hujan dan angin kuat. Namun keadaan kabel tersebut seperti dipotong.
Gambar di sebelah menunjukkan meter tersebut. Jiran juga memberitahu bahawa laporan mengenainya sudah dibuat oleh keluarga tersebut tetapi menurutnya TNB Kuala Pilah mengarahkan supaya laporan dibuat di pejabat mereka di Bahau. Namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil. Saya juga tidak pasti sama ada laporan sudah dibuat atau diterima oleh TNB.

Gambar-gambar tersebut adalah beberapa gambar yang diambil pagi tadi. YKSNS mempunyai pandangan bahawa keluarga ini tidak dapat mengurus diri mungkin disebabkan beberapa masalah peribadi namun sesuatu harus dilakukan oleh pihak berwajib untuk memastikan supaya keadaan kehidupannya tidak terbiar dan cucunya mendapat pendidikan yang sewajarnya. Rumah keluarga ini juga harus diperbaiki dan masyarakat hendaklah menjadikan keluarga ini sebagai keluarga istimewa di kalangan mereka untuk diberi pertimbangan, kasih sayang dan tolak ansur menghadapi karenahnya yang pelbagai.
0 comments:
Post a Comment