BUKAN MENGAJAR ITIK BERENANG CUMA SEKADAR PERINGATAN
Thursday, July 9, 2009
Usaha Membuat Kebajikan kami ini ikhlas. Mengharapkan simpati manusia adalah usaha sia-sia. Jika apa yang kita buat tidak berjaya, itu bukan salah sesiapa. Kita telah bermesyuarat dan bersepakat lalu membuat tindakan. Apabila sesuatu keputusan dan tindakan kita mengalami hasil yang kurang baik maka kita perlu mengubah strategi. Untuk mendapatkan hasil yang berbeza perlulah usaha yang berbeza juga. Jangan harapkan hasil yang berbeza dengan usaha yang serupa.
Dalam catatan terdahulu, saya ada menyebut berhubung keghairahan untuk memberi komentar dan ulasan. Komentar dan ulasan yang berkepentingan tidak menyentuh hati. Ulasan yang melukakan hati nuraini seseorang pun tidak memberi kesan. Lebih-lebih lagi apabila ulasan kita jauh tersasar daripada hasrat sebenar yang cuba dipaparkan. Isunya ialah bank orang Islam ( orang-orang seperti Abdul Rahman Auf ra ) seperti dalam zaman Rasulullah saw belum diketemukan bukan tiada tetapi belum dibuka pintu hatinya oleh Allah swt. Ulasan hendaklah bersifat mindfullnes, ikhlas untuk kepentingan agama semata-mata. Ulasan hendaklah bersifat day and today.
Kesusahan kerana Tuhan adalah kenikmatan. Kesusahan adalah pengorbanan demi cita-cita dan perjuangan. Kita mesti sedia berkorban demi perjuangan. Kata mesti dikotakan. Pemaju adalah seorang bukan Islam dan menepati janji. Semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan hidayah kepadanya di atas kebaikan hatinya.
Kalau dah memang niat kita mencari salah, berjuta-juta senarai kesalahan boleh dipaparkan. Soalnya bukan kita boleh menjadi hero dengan menyenaraikan masalah, hanya akan menambahkan masalah dan mengeruhkan lagi hubungan kasih sayang sesama Islam. Kita mahu praktikal, jangan cakap jer...buktikan dengan perbuatan dan tindakan.
Action talk more louder than word.
SECARA TERBUKA...
BANTULAH KAMI....
Terima kasih kepada yang sudah pun membantu dengan ikhlas ! Saya yakin jika perjuangan kita benar dan ikhlas, Allah swt akan membantu kita. Sehingga itu marilah kita bermunajat dengan Allah sambil merapatkan tali persaudaraan, mengadakan muzakarah tertutup demi perpaduan Islam.
Ingat, apabila sudah ada panggilan untuk bersatu demi dan semata-mata kerana agama, segala perbezaan perlu diketepikan dan berada dalam saf menghadap ALLAH swt.
0 comments:
Post a Comment